Photobucket

SAHABAT

Sunday, November 21, 2010

I'm Backk..


Aku pun tak tau berapa kali kene tulis I'm back.. bila dah kemalasan mula melanda dan stress yang memanjang, membuat kan aku terpaksa berfikir beratus2 kali untuk buat satu entry.. Yups dari dulu sampai sekarang im always in stress, and pressure..
Tapi.. aku sentiasa rindu nak baca blog org lain ( sound rough is it ? ) aku rasa macam blog aku ni kapcai giler.. orang lain paling coman seminggu sekali up date diorang punya blog. Aku ?? Kene ikut mood, kene ikut aku free ke tak.. Hampeh sekali tengok orang kata macam keje tak 'bersungguh'.. Tapi plzzz yer.. bukan tak 'bersungguh'.. kekadang biler dah ada semangat nak buat entry , hal lain plak yg datang jugak.. so terbantut lah rancangan aku nak buat N3 ni.
What im doing rite now ? Sepanjang aku menyepi dalam blog aku ni, aderlah 2 pencapaian yg aku berjaya buat. First , aku berjaya dalam temuduga dan bila2 masa sajer tunggu diletakkan di mana-mana and secondly, aku mula berkecimpung dalam bidang insurans. Takper pasal macam mana aku boleh terjerumus dalam insurans akan aku ceritakan.. buat masa 'lani' aku rasa macam dah terlepas satu hutang .. boleh buka blog, rasa hilang beban aku.. cuma skrg aku tak sempat nak mengintai-intai blog org lain.. heheheh.. Takper..byk masa lgi kan

Friday, September 3, 2010

Colek oo Colek

Colek orang panggil kat kelantan..kalau di luar dipanggil rojak. Istimewanya colek di Kelantan ni ialah ,ianya begitu popular pada bulan ramadhan... selalunya dimakan selepas sembahyang terawih. Jadi kebanyakkan kedai2 akan menyediakan hidangan ini. 'Colek' yang disediakan ialah seperti colek keropok, buah, paru2, limpa, ayam, udang, ikan celup tepung, cucur bawang, popia...

Gambar kat atas ni ialah satu hidangan colek campuran. Aku sempat snap satu pic sebab thieyaa toyiee sibuk gak nak amik gambar. Aku , incik hubby, thieya toyiee dan member incik hubby menjamu selera di salah sebuah kedai yang agak popular dengan colek nya. Jadi untuk mengesahkan sama ada sedap atau tidak, kiterorang pun pegilah di sana. Mula2 sampai tu.. keadaan restoren tu memang agak sesak.. ramai giler orang.. nasib baik ada satu meja yg baru jer kosong.. apalagi..kiterorang terus rembat jer.

Mula-mula tu memang hangin jugak sebab takder saper nak amik order tapi hangin kiterorg mula reda bila pelayan dtg nak amik order ( sempat pelayan tu minta maaf..sebab tak cukup tangan nak layan semua.. baik pelayan tu ) Untuk mengelakkan pembaziran, kiterorang order colek campuran untuk 4 org makan. lebih kurang 5 min, colek campuran kami pun sampai.. Sekali aku tengok macam nasi goreng..yerlah.. keropok dihancur , dipatah kecik-kecik, ayam plak dipotong beberapa kerat, udang lg, timun dikerat halus, pendek kata, kalo nak makan tak payah nak kerat,.. terus jer masuk mulut.. Rasanya.. umphh memang sedap .. sebab dicampur digaul sebati so boleh rasa dia agak best berbanding dengan colek2 di kedai lain. Tak heran lah restoren ni popular.. memang colek diorang sedap.. Aku teringin nak nak tambah lg, tapi memandangkan yg lain2 dah buat muka kenyang.. takkan aku sorang nak bedal.. so aku pun buat2 kenyang ler. Dalam keter.. aku pun bgtau yg aku teringin nak tambah lagi.. incik hubby aku ketawa sambil berkata " Naper awak tak cakap ... malulah tu ".. Tau takper.. Harga pun kira agak murahlah rm 21.00 tapi berbaloi lah sebab byk sangat lauk2 yg dia letak..


P/s: Malam raya hajatnya nak pi lagi laa

Monday, August 30, 2010

Kad hari raya... Untuk semua


Selamat hari raya buat bloggers dan followers mamathieya,
Di sini, mamathieya ingin memohon maaf sekiranya ada n3 yang membuatkan
kalian tersinggung..
Di harap kalian semua, bergembira menyambut hari lebaran..
P/s : Jgn lupa copy kad ini letak kat sidebar korang yerkk..

Saturday, August 28, 2010

lagi 13 hari mau raya..

Uiks.. sedar tak sedar kita dah menghampiri penghujung Ramadhan..aku rasa cam baru jer berpuasa.. ishh dah nak raya rupenya kita ni ek..
Cam mana dengan persiapan raya ??
Aku plak dah prepare awal2 lagi.. untuk raya tahun ni ,aku just budget 2 pasang baju dress.. ( aku ngan adik2 aku dah berpakat nak bertema kan dress, so sedondon jer kiter org ni, maklumlah beli dari butik yg sama ) Thieya toyiee yg paling best.. baju kurung dah 4 pasang, plus ngan skirt lagi, jeans tshirt.. bla..bla.. pendek kata sebulan beraya lah thieya toyiee aku. Nak buat cam mana.. nenek, tok, mak2 sedara yg excited terlebih mau belikan baju untuk thieya aku ni ( lega sikit mama ngan papanya ) Incik hubby plak, katanya nak pakai baju raya tahun lepas ..bukan aper takut kene kerje.. sia2 jer melaram baju baru kalau pakai sekejap. Nampaknya aku ngan thieya jer lah yang melaram sakan ..huhuhu..

Biskut raya.confirm aku tempah ngan mak sedara.. Homemade punya... nak harapkan aku.. alamaknya tak menjadi lah biskut.. tapi aku ada perancangan nak buat kek kukus sarawak..depends lah cam mana especially thieya tu. . Tahun ni dah macam kering idea nak buat aper untuk juadah santapan. Umi tanya aku nak masak apa.. aku pun cakaplah nasi tomato, dalca ngan ayam goreng berempah.. aku buat dalca ngan goreng ayam.. ketupat gerenti ada pasal tiap2 tahun malam raya akan ada org yang hantar.

Fuh.. sumer dah plan.. macam lagi 3 hari lg nak raya.. ceewahhh.. poser pun tak cukup, sakan nak raya..

p/s: dulu aku terima duit raya.. skrg aku kene bagi duit raya. luckly thieya will get more duit raya.. mama pau sikit yerr

Tuesday, August 24, 2010

growth spurt...

Growth spurts
By Kelly Bonyata, BS, IBCLC

Most babies go through several growth spurts (also called frequency days) during the first 12 months.

What is a growth spurt?

During a growth spurt, breastfed babies nurse more often than usual (sometimes as often as every hour) and often act fussier than usual.
The increase in baby's milk intake during growth spurts is temporary. In exclusively breastfed babies, milk intake increases quickly during the first few weeks of life, then stays about the same between one and six months. As solids are gradually introduced after six months, baby's milk intake will gradually decrease.
Physical growth is not the only reason that babies may have a temporary need for increased nursing. Babies often exhibit the same type of behavior (increased nursing with or without increased fussiness) when they are working on developmental advances such as rolling over, crawling, walking or talking. Mom's milk is for growing the brain as well as the body!

When do babies have growth spurts?

Common times for growth spurts are during the first few days at home and around 7-10 days, 2-3 weeks, 4-6 weeks, 3 months, 4 months, 6 months and 9 months (more or less). Babies don't read calendars, however, so your baby may do things differently.
Growth spurts don't stop after the first year - most moms notice growth spurts every few months during the toddler years and periodically thereafter on through the teenage years.

How long do growth spurts last?

Growth spurts usually last 2-3 days, but sometimes last a week or so.

What is the best way to handle a growth spurt?

Follow your child's lead. Baby will automatically get more milk by nursing more frequently, and your milk supply will increase due to the increased nursing. It is not necessary (or advised) to supplement your baby with formula or expressed milk during a growth spurt. Supplementing (and/or scheduling feeds) interferes with the natural supply and demand of milk production and will prevent your body from getting the message to make more milk during the growth spurt.
Some nursing moms feel more hungry or thirsty when baby is going through a growth spurt. Listen to your body -- you may need to eat or drink more during the time that baby is nursing more often.


rujukan :http://www.kellymom.com/bf/normal/growth-spurt.html

patutlah hari ni..thieya toyie maragam..rupanya dia dalam peralihan bulan.. umi aku kata dia tak nak makan sgt.. asyik panggil "mama...mama.. chuchu (susu) . Umi aku bg soya dia tak nak, buat nasi goreng makan sesudu dua.. pastu memanjanglah meragam dia. Aku plak dok kat hospital teman nenek incik mucuk buat fisioterapi.. adei.. biler aku balik dia dah tido . emm.. aku tunggu dekat dia.. tetiba "chaks" ... "mama..mama" buat mulut berdecit sambik tunjuk kat 'B' aku..
Aku tanya dia " aper dia yunk" cakap... then dia cakap " chuchu".. hik2.. .. pastu selang 20 min dia nak susu aku lagi.. memang hari ni aku perasan dia agak kuat hisap susu berbanding sebelum2 ni. Satu lagi perubahan yg obviously aku nampak .. dia agak moody, sudah pandai memberontak.. tido yg agak lama dan yg paling best dia rapat ngan aku balik.. selalunya jual mahal ngan aku especially depan tok2 and nenek2 dia.

Ok.. hari ni genap thieya berusia 17 bulan ( 1 thn 5 bulan ) dan aku masih lagi menyusukan dia tanpa campuran formula milk.. Harap2 aku boleh berjaya menyusukan dia sehingga 2 thn.. doa kan aku yaa

Sunday, August 8, 2010

Bila mama tunggang kuda...

Oppss... tidak ada unsur2 18 sx yer dalam n3 aku ni ek.. betul.. try scroll ke bawah.. tu die.. aku ngah naik kuda. Kuda kepunyaan keluarga mentua aku.. Tiap2 hari jumaat and sabtu pak mentua aku akan buat pony ride dengan mengenakan rm 2 untuk sekali pusing.. aku ?? free jerlah.. hehehe.. Kuda yang aku naik ni namanya Dewi.. oklah jugak tak byk karenah. cuma aku yang banyak songeh.. maklumlah dah lama tak naik. incik hubby aku guide kan aku.. biler dia tgk aku dah confident so slowly dia lepaskan aku riding sorang diri.. still dalam improvement especially kat tgn tu..( incik hubby aku kater tgn aku ni kerasan.. kene lembut sikit baru boleh feel kuda)

Sempat berposing.. incik hubby aku beria2 nak snap pic ni.. tu muka poyo jer..

Ni kira maintain oklah.. hik2.. thanks to incik hubby aku sebab banyak membantu aku dalam bab2 kuda ni.. rasa gian plak nak riding.. hik2

Kalo ader sesaper nak rasa naik kuda..dtglah ke kota bharu.. dekat dengan balai besar di hadapan bangunan LHDN.. operasi akan dihentikan seketika untuk mengimarahkan bulan ramadhan. Insyallah akan disambung selepas raya.. hik2 cam advertisement jer

Monday, July 26, 2010

thieya dan ice cream..


Bersungguh beno anak aku makan ice cream.. siap comot2 lagi.. jangan tak tau.. ice cream kit kat tu dia bedal sorang.. kemaruk sgt la tu.. yerlah aku kan fussy sikit pasal makanan ni.. tu tak boleh ni tak boleh... entah naper aku kalah ngan dia malam tu.. yerlah.. siap buat mulut berdecit cam anak burung kelaparan plak tu buat plak muka manja ( cam kucing dalam shrek ) cam mana mama ni tak cair ooo... Takperlah thieya.. sebab thieya dah genap 16 bulan ( baru jer tu ) mama bagilah makan ice cream and chocolate tapi kene ada limit yer... ceewaahh macam lah anak aku tau limit2 ni.. Tapi yang sadisnya time nak gosok gigi dia.. adei.. boleh menangis cam kene bantai tu.. nenek aku plak igt aku buat kasar kat cucu dia.. punyala dia belek berus gigi tu.. "Ni berus mana boleh pakai.. nanti nenek umi cari lain " adeh salahkan berus gigi plak.. padahal itu lah berus gigi yang sesuai untuk dia.. sabo ajerlahh