Photobucket

SAHABAT

Monday, July 26, 2010

thieya dan ice cream..


Bersungguh beno anak aku makan ice cream.. siap comot2 lagi.. jangan tak tau.. ice cream kit kat tu dia bedal sorang.. kemaruk sgt la tu.. yerlah aku kan fussy sikit pasal makanan ni.. tu tak boleh ni tak boleh... entah naper aku kalah ngan dia malam tu.. yerlah.. siap buat mulut berdecit cam anak burung kelaparan plak tu buat plak muka manja ( cam kucing dalam shrek ) cam mana mama ni tak cair ooo... Takperlah thieya.. sebab thieya dah genap 16 bulan ( baru jer tu ) mama bagilah makan ice cream and chocolate tapi kene ada limit yer... ceewaahh macam lah anak aku tau limit2 ni.. Tapi yang sadisnya time nak gosok gigi dia.. adei.. boleh menangis cam kene bantai tu.. nenek aku plak igt aku buat kasar kat cucu dia.. punyala dia belek berus gigi tu.. "Ni berus mana boleh pakai.. nanti nenek umi cari lain " adeh salahkan berus gigi plak.. padahal itu lah berus gigi yang sesuai untuk dia.. sabo ajerlahh

Aku Paling Tak suka........

Aku paling tak suka kalo time aku tengah cakap tetiba jer ada yang menyampuk.. kalo menyampuk sebentar aku boleh sabar lagi.. kalo menyampuk terus buka citer baru.. tak ke citer aku ni tergantung ker ( kalo karangan sure cikgu tulis besar2 'cerita anda tergantung')

Aku betul2 tak faham naper ader makhluk sebegini. bayangkan kalo kene kat tempat diorang .. sah2 tarik muka 14.. yang lawa jadi kelawa. Tapi kalo aku.. boleh buat derk jerr.. cam aku ni takder perasaan..

One more thing.. ( ada yang nak menyampuk ke.. ?? ) time kita ni citer punyala bersungguh2 alih2 dia buat tak tau plak.. tak pun dengar tak dengar sama banyak.. hello.. aku bukan suruh ko menghayati sepenuh nya citer aku.. cukup jadi 'A GOOD LISTENER ' aku sudah appreciate.. takpun kalo memang tak nak dengar orang bercerita tak boleh sebut "EXCUSE ME.. 5 MINUTES ' ke.. takpun " KEJUP YER.. ADA HAL.. NANTI..... " kalo memang rasa tak nak dengar pun tolak lah elok2.. ni tetiba angkat punggung terus blah camtu jer.. Fuh.. kalo kene time ngan makhluk ni bercerita.. beria2 panggil kita. siap tarik tangan segala.. plak tu dia tak bg kita buat keje aperpun.. hatta nak sikat rambut pun dia marah... takut termiss chapter.. nasib baik aku ni bolehlah dikatakan 'A GOOD LISTENER ' tadah lah telinga ni nak dengar citer.. mata pun berkelip 5 min sekali takut termiss aksi2 stunt.

Nasib baik blog ni takder sentimen camtu.. aku nak tulis sampai satu hikayat ker.. takder yang menyampuk.. cuma aku tak tau lah ada yang baca ke tak N3 aku yang ntah aper2 ntah ni.. (hopefully baca ek.. tak comment pun takper.. be ' A GOOD FOLLOWER ')

Sunday, July 18, 2010

Thieya ada Keter...


Jeng.. jeng.. lihat lah keter baru Thieya.. Jip askar lagi.. siap ada meriam kecik lagi kat depan, nak tembak saper ye ??? Ni penangan incik hubby aku lah... ngidam nak beli keter tuk thieya ni. Rupa-rupanya dah lama dia survey..sampaikan pekerja kedai tu kenal . Siap boleh kata lagi "kali ni confirm ek bang.. tak tanya lagi kan ".. Aku mula2 was2 gak nak beli bende alah ni ,bukannya murah.. rm 300 tuuu... maunya thieya tak mau naik..tak ke haru ke tu.. Mula2 beli tu kekonon nak try lah dalam umah.. pergh..thieya buat hal plak.. dia tak nak naik.. incik hubby aku senyap jerlah tak kata apa.. nak marah ??? anak sendiri ma.. lagipun dia yang ngidam nak beli.. aku ni plak men'cool' down kan incik hubby aku.
Petang esok nya.. aku bawak lah bende alah ni turun kat luar (seperti dalam gambar kat atas tu ) berat gak.. aku letak thieya dalam tu.. nasib baik jip ni ada remote control so kita boleh kawal in case dia tak pandai guna stereng ngan pedal tu dan sememangnya thieya tidak pandai pun. Aku pun mengerakkan jip tersebut.. fuhh.. nasib baik dia tak jerit2 cam semalam.. apa lagi satu rumah aku tawaf.. dia punyalah suka.. siap berdiri buat tabik nazi lagi. Aku pun call incik hubby aku " Nasib baik ..berbaloi jugak rm 300.. "


Thursday, July 15, 2010

RM 350 jer...

Hik2.. rasa malu plak nak tulis n3 ni tapi baik share jugak kan..

Cam ni.. aku kan tgh survey keje.. survey punya survey aku tgk lah satu jawatan ni 'sebagai kerani' kat sebuah syarikat construction. Ada gak mention keje cam mana.. angkat phone, filing dan typing surat. Bila attend interview akan buat test typing. So aku kira boleh lah kalo dalam bab2 ni. Rasa cam berminat, jadi aku pun call lah..


Kerani (i guess) : Selamat petang, syarikat ***

aku : Selamat petang.. cam ni saya ada terbaca job advertisement dalam ******.com
Jadi saya nak tanya.. berapa gaji yang di tawarkan..sebab tak mention dalam
advertisement tu

kerani : Em.. Rm350 ( nada perlahan )

aku : Tak dengar lah.. berapa ekk ?

kerani : Rm 350 ( sedikit kuat.. tapi aku dapat dengar ) Sebab keje tak banyak kan..

aku : Oh..gitu.. kalo begitu takperlah.. Assalamualaikum..

...................................................................................................................

Hik2.. aku rasa patut ke aku gelak ke aku terkejut ke aku pengsan.. Yerlah aku tau lah cost of living kat kelantan ni rendah tapi jgn lah sampai down sgt gaji tu.. RM 500 aku boleh consider lagi.. RM350.. aku bayar keter aku jerlah.. hik2..

Aku bgtau kat incik hubby aku..incik hubby aku kata "tak payah lah yang.. RM 300 tu pun dah duit minyak.. mana nak makan lagi.. awak keje nak ringankan beban saya.. tak pasal jadi beban plak ".. yerlah incik hubby ku..

Wednesday, July 14, 2010

Awas !!! Jaga Mulut Anda

N3 ni bukan nak warning pader sesaper, tapi nak bagi peringatan pada parents di luar sana. Kalo berhadapan dengan anak especially yang baru nak blaja pot pet, mintak tolong lah, jaga mulut anda, jangan sebut perkataan bukan2, jangan bercakap kasar, kerana segala yang terkeluar dari mulut anda itu bakal diikuti , disebut oleh anak anda kelak.

Ada satu peristiwa berlaku sewaktu aku membawa nenek aku ke hospital. Sewaktu aku menunggu giliran untuk pemeriksaan, ada seorang perempuan agak muda lagi, dan seorang kanak2 lelaki yang aku agak dalam 3 tahun duduk di sebelah aku. Aku.. seperti biasalah peramah.. menegur perempuan tu. Oh.. rupa2nya kanak2 lelaki tu anak sulung nya. Em.. buas gak anak dia ni, memang tak boleh duduk diam. Banyak perbualan kami terganggu dek karenah anak nya ( nasib baik thieya takder sekali ). Mungkin kerana tak tahan dengan kebuasan anak dia tu, perempuan itu mengangkat tangan konon2 nak pukul . OMG !!! nak tau apa terjadi.. kanak2 lelaki tu, menyebut "MUNG BODO" dalam pelat budak2 lah. Perempuan tu hanya tersenyum (maybe nak cover kot ). Tak tau nak kata apa lagi, nasib baik nenek aku ada masalah pendengaran sikit, kalo tak memang kene khutbah lah perempuan tu.

Apa yang boleh aku katakan, walaupun perempuan itu tak cakap aper2 tapi aku boleh agak, anaknya itu mungkin selalu mendengar perkataan itu diucapkan. Jadi lama2 kelamaan perkataan itu dah simpan dalam memory dia. Cuma wrong place wrong time kanak2 tu terlepas cakap.

harap2 thieya tak macam tu. so far perkataan yang kuar dari mulut dia mostly yag elok2 jer.. maybe umi aku dah remind kan aku, jgn sebut perkataan tak elok depan anak since aku belum kawen lagi, jadi aku tak pernah sebut yang tak elok depan2 thieya.

Tuesday, July 13, 2010

Mama yang desperate...........

Chups.. jangan fikir bukan-bukan yerk.. (ntah2 aku sorang jer kot yang fikir camtu )sebenarnya mama sorang ni desperate nak keje. Thieya pun dah 15 bulan , jadi aku rasa aku patut keluar dari kepompong kehidupan seorang surirumah sepenuh masa kepada seorang ibu yang bekerjaya


Sebenarnya,niat aku yang suci murni ni dah lama terbantut dek kerana pelbagai faktor.. yang paling aku khuatirkan.. thieya.. mula2 target keje biler thieya cukup setahun tapi rasa cam tak boleh lagi lak plak.. so aku meng'extend'kan niat aku dan sekarang aku rasa tak boleh dah nak tangguh2..

Aku sekarang dalam proses survey mencari keje, berdasarkam syarat2 yang incik hubby bagi, aku boleh keje tapi jgn sampai malam. sebab malam tu jerlah yang dia ada untuk bersama dengan keluarga, dan yang paling penting ialah 'THIEYA'.. keje ..keje jugak jgn sampai thieya terabai.. tu dia.. syarat2 incik hubby bagi kat aku. So aku kene berhati2 dalam memilih keje ni. Em.. buat permulaan aku byk survey dalam internet... aku bukak mudah.com, jobmalaysia,jobseeker, dan sebelum ni aku dah register ngan spa dan spp. So far.. aku baru sajer selesai interview SPP (suruhanjaya perkhidmatan pendidikan ) untuk jawatan pembantu pengurusan murid, hopefully dapat.

Dalam bab2 nak cari keje ni jugak, selain dari syarat2 yang incik hubby bg, aku kene consider beberapa perkara, gaji , jarak tempat keje, task aku,masa keje. Aku bukan cerewet memilih keje tapi biar berbaloi. Kalo gaji seciput, tempat keje jauh, task entah aper2, tak ke naya tu. Aku keje ni pun sebab nak ringankan beban incik hubby aku, yerlah dia sumer kene tanggung. Dari ansuran keter, insuran lagi, ansuran moto lagi, bil telefon lagi.. dan yang seangkatan dengannya. Kadang2 kesian gak aku nengok dia. Aku rasa cam aku ni useless pun ada, selfish pun ada gak. Rasa macam org sekeliling tengah kata kat aku "TAK KESIAN KE KAT LAKI TU.. ANAK DAH BESAR.. KEJELAH.." sekurang2nya aku boleh bayar kereta ke bil telefon ke kan.. ( baik jugak aku ni ) Nasib baik thieya ni nyusu badan, kalo bagi formula milk, aku rasa bankrup dah incik hubby aku ni..

Aku harap sgt, moga2 dapat jugak aku bekerja...

Finally.........

Finally....... Akhirnya 'terbuat' gak n3 untuk bulan ini.. would be the first n3 on july.. hik2.. Aku ni nak kata malas tak gak.. time datang idea mencurah2 cam air paip datang lah jugak kemalasan ku nak menaip.. akhirnya idea tu membengkak dalam otak ku and burn gitu jer.. Dahtu biler rajin nak buat n3.. idea aku dah pun hangus terbakar.. Sudahnya jadi lah n3 merapu macam yang aku tgh taip skrg ni..