Photobucket

SAHABAT

Wednesday, October 14, 2009

'Makan Langsat ke Cherating ??? '

Bunyi title macam pelik jer ?? Hehheh.. Aku pun tak tau cam mana nak tulis. Gini, pada 9 Okt lepas, aku, baby thieya, mak mentua dan adik ipar aku pergi ke cherating. Tujuan kiterorang ke sana adalah untuk menyaksikan kejohanan Kuda Lasak @ Endurance di Pahang International Endurance Park, dekat Cherating la.. Kalo korang baca paper, aderlah dinyatakan Penn-Pahang Endurance Challenge 2009. Kebetulan plak, laki aku ngan adik ipa aku ada menyertai sukan tersebut di bawah team Tengku Mahkota Stable.

Meh aku nak citer..journey kiterorang ke cherating secara kronologi (yeker ?? )

8.00 pg hingga 10.30 pg - Dari rumah mak mentua aku, kite orang bertolak terus ke cherating melalui Terengganu. Kiterorang tak berhenti mana2 kerana hendak tiba awal di Cherating ( laki aku nak suruh tgh proses veg check la )Sampai di Terengganu, kiterorang terus menuju ke kuala Berang, kebetulan pulak pak mentua aku berpesan supaya tidak masuk bandar takut jem atau sesat.

10.30 pg hingga 2.00 ptg -Dari Kuala berang, kiterorang follow jer sign board yg terpampang di tepi jalan. Sedang asyik memandu, tetibe.. 40km nak sampai Kuantan. " Alamak, kiter dah sesat ni", kata mak mentua aku. So kiterorang carilah somebody yang boleh guide kiterorang ke Cherating. Adik ipa aku bertanya pader seorang mekanik keter. Dia pun menyuruh kiterorang melalui simpang ke Mak Lengam ( tak ingat plak ejaan ) So, disebabkan kiterorang terlajak jauh, jadi terpaksa berpatah balik dan masuk ke simpang tu.

Perjalanan semakin jauh,keadaan jalan tu memang scary . Bayangkan takder satu pun keter yang kiterorang nampak, apatah lagi manusia. Laki aku dah byk kali call tapi aku tak boleh nyatakan kat mana sebenarnya kiterorang ni berada. Hampir sejam perjalanan barulah berjumpa ngan sorang pakcik. Setelah menjelaskan masalah kiterorg, akhirnya pakcik tu pun menunjukkan arah yg sebenar.

Akhirnya kiterorang sampai di Holiday Villa Cherating jam 2 petang. Sepatutnya pukul 1 dah sampai.. tapi makan langsat byk sangat.. huhuhu

* BB thieya menangis kerana dypersnya tidak ditukar .. poo..poo byk.. kiterorg kene cari tempat yg betul2 selamat .. kang dok sibuk2 basuh poo..poo tetiba perompak ke kan.. maklumla sunyi sepi

* Biler nak balik ke KB, kiterorg ikut jaln pantai.. siap lalu kat pelantar minyak lg (kemamam-kerteh-paka-dungun)

* Mak mentuaku kate "Bo lahh gi nyor cherating, dohla jauh , make buoh langsat pulop "huhuh

* Aku hanya membelanjakan rm 60 untuk pegi dan balik.. (viva kan)

No comments:

Post a Comment