Photobucket

SAHABAT

Wednesday, November 25, 2009

Satu Juta Sahaja


Aku tak leh nak tido.. tetiba terlintas di kepala otak aku.. "BAYANGKAN LAH KALO AKU DAPAT SATU JUTA RINGGIT"....

  1. Aku akan bagi RM 50k dekat PIL aku untuk expand bisnes diorang
  2. Aku akan bg RM20k kat parents aku.. (lantak diorang nak buat aperpun )
  3. Aku akan bagi RM 30k kat adik beradik aku including SIL aku.. (pandailah korang nak bahagi)
  4. Aku akan beli rumah/apartment budget dalam RM400k (fully furnished and decoration )
  5. Aku akan beli BMW 5 series..
  6. Spent RM25k untuk shopping (agak2 cukup tak ???)
  7. Yang selebihnya ku simpan

Hehehe...naperlah aku boleh terfikir macamtu... adei.. kuat sgt berangan mama ni..thieya oiii....

Tuesday, November 24, 2009

Da Sembuh

Baby thieya dah sembuh.. semalam aku bawa dia pi TMC sekali lagi.. Doc bg ubat antibiotik ngan ubt demam.Sampai di rumah, terus jer diberi.. Mujur lah bb thieya boleh terima ubat tu, kebetulan ubt antibiotik tu rasa manis .. ( sedap jugaklah ) .. siap jilat lagi.. adeiii... lepas 30 min, badan dia dah start berpeluh, mak aku kata itu tanda positif .. aku check suhu dia..tak panas lagi.. BB thieya plak maybe dah rasa segar badan, mula lah mengaktifkan diri, dah start belajar berdiri padahal merangkak pun tak leh ;lagi.. yg klaka nya dia pegang perut papa dia untuk dia berdiri.. apa lagi tertonggeng la punggung dia.. heheh plak tu tido nya lambat dalam kul 2 pagi, sudah nya papa nya pi keje lewat, BB thieya plak.. ZZZZZZZZZZ ngan bantal busuk nya,,

Monday, November 23, 2009

Baby Thieya Demam

Hari ni hari ke 4 baby thieya demam.. kebetulan hari ni cukup 8 bulan si kecik tu. Sebelum ni dia tak pernah demam seteruk ni, kelmarin suhu dalam around 39 darjah celcius.. memang aku ngan hubby terkejut sgt sebab tak sangka sampai setahap ni baby thieya demam. Sebelum ni baby thieya tak pernah dapat demam teruk cam ni kalo aderpun demam biasa jer.. dan sebelum dia 6 months dia memang tak pernah demam. Jadi ini merupakan pengalaman pertama aku menjaga baby thieya.
At first, suami aku yg sedar baby thieya ni demam, dia bgtau aku yg badan baby thieya panas, aku kata maybe dia nak sesuaikan suhu bdn dia ngan sekeliling, kebetulan musim monsun .. so terasa sejuk sikit.. Tapi dalam waktu tgh hari.. betul-betul badan dia panas.. aku pun phone hubby aku, hubby aku berjanji nak bawa dia pi klinik. So malam tu kiterorg bawa bb thieya ke Klinik TMC kat situ ader specialist kanak-kanak ( aku pun tak igt doc tu nama aper ) Doc tu kater virus, so tidak perlu antibiotic, aku meninta agat doc memberi ubat yg masuk ikut bu*t**t dia sebab bb thieya ni susah sikit nak makan ubt.First ubat dah dimasukkan (menangis lah si kecik tu ) doc bekalkan 8 biji kapsul tu.. if demam dia tak baik lg. barulah dia akan bg antibiotic
Now.. bb thieya dah ok sikit, suhu dalam 37, bdn ader sedikit suam2,.. tapi dia kuat minum susu, setiap 30 min memang dia akan menyusu, makan pun boleh tahan kuatnya. Aku harap bb thieya sihat.. risau mama dibuatnya,,

Tuesday, November 17, 2009

Penghijrahan

Semalam, aku baca entry yang ditulis oleh cik cici (opps.. puan cici ) kiter.. Perpindahan = Berhijrah. Aku baca whole story dia..aku bg komen sikit.. Ci kater dia pun rindu kat kg halaman (kedah naa ) nampak nya cici lg kesian dari aku. Aku dah hidup di negeri kelahiran aku.. tapi dah kalut biler dah ader suggestion untuk berpindah. Yup.. hubby aku akan berpindah dan aku sebagai isteri harus mengikutnya. Cuma aku agak terkilan sebab terpaksa berjauhan dengan parents aku. Kelantan - Kuala Lumpur, kehendak tugas dan kerja laki aku menyebabkan dia terpaksa berpindah. Oh ya... FIY, hubby ku ni kerja dia sebagai penunggang kuda di Tengku Mahkota Kelantan Endurance Training.. Alhamdulillah since 3 thn dia bekerja kat situ, dia dah naik pangkat jadi assistant trainer. Mungkin kerana sifat dedikasi dan tanggungjawab dia terhadap keje dia, manager dia Karina D'villers mencdgkan agar hubby ku menimba pengalaman di Bukit Kiara. Katanya lagi, dia tidak mahu bakat yang ader pada hubby aku dipersiakan. Hubby bertanya adakah aku bersedia untuk berpindah ke KL sekiranya diarahkan..Aku tak tau nak kata apa.. secara jujurnya aku gembira sebab usaha dia diberi perhatian tetapi pada masa yg sama aku sedih.. sedih sebab terpaksa berpindah.. aku membayangkan yg aku terpaksa menyesuaikan diri di tempat baru yg semestinya menjanjikan suasana yg cukup berbeza, dan apa yg paling aku risau, adakah aku mampu menerima perubahan itu bersama bb thieya yg akan kubawa sekali. Semalaman aku berfikir, keadaan tempat baru aku, jiran baru, rumah baru, dan segalanya baru.. adeiii pening aku nak fikir.. tapi untuk kebaikan hubby aku dan semestinya untuk aku dan bb thieya, aku berharap agar penghijrahan aku ini mengajar aku agar menjadi lebih matang dan dewasa ...

p/s : ku macam cici gak.. byk bende nak pack.. pakaian aku dah berkotak2 tu tak masuk lg hubby ngan bb thieya, katil lg , almari lg, dapur lg, bla..bla..

Tuesday, November 10, 2009

"Mucuk da balik "

Hari ni mucuk dah balik lepas 10 hari berkampung di Terengganu. 10 hari tu, aku tgk ader sedikit kurus, muka pun consider licin lagi tapi slack sikit, jalan terkangkang, adei.. naik kuda lama sgt. Alhamdulillah dia berjaya complete 120 km, just dapat USD 1000 ( siap bawa replika cek, tapi duit takde..hampeh ) oklah tu boleh shopping serba sikit... Jadi aku kene lah bodek2 die buat jelingan MAUT gitu... Yang best nyer soveniur dia beri kat aku. baju2 yg belum dibasuh beserta wangian 'AROMA TERAPI' yang menusuk lubang hidungku.. Dahla musim tengkujuh.. mana lah nak basuh bende alah tu.. Saba ajerlahhh...

Thursday, November 5, 2009

"SEBELUM dan SELEPAS"

SEBELUM dapat anak, aku bangun ikut time sendiri, pukul 10 ke pukul 12 ke, hubby.. hehehe lepas buat sarapan ku sambung tido balik la... (kebajikan dia kene jaga oooo )



SELEPAS dapat anak, ikut time baby thieya.. ntah cam mana si kecik ni suka bgn awal.. pukul 8 dah bangun , plak tu siap cakar muka kiter lagi ( kekonon kejut la tu )



SEBELUM dapat anak, hidup aku ngan laki aku ni kurang terurus sikit..heheh al maklumlah hidup berdua..

SELEPAS dapat anak, semua urusan harus dibereskan, kalo dulu baju longgok seminggu tak basuh takper lagi tapi, selang 3 hari dah basuh, dulu bilik jarang kemas, skrg itulah tugas yg dilakukan tiap2 pagi. Pendek kata sentiasa dipenuhi dengan aktiviti berfaedah ..heheheh

SEBELUM dapat anak, asyik berderat ( merambu la ) tak kire masa, kadang2 tgh malam pun boleh kuar lagi, time hubby takder lagi best, kuar ngan adik ipa plak.

SELEPAS dapat anak, kurang sikit aktiviti merambu, bukan aper kalo kuar pun kene ader limit, bawa si kecik ni.. terbatas sikit pergerakkan ...

SEBELUM dapat anak, aku boleh dikatakan sedikit berjoli.. ( kene mention sikit tu ) ala bukan shopping pun, kuat melantak, laki aku pun 2 kali 5 ngan aku gak, asyik makan kat kedai jer.. boleh kirelah berapa kali aku masuk dapur ... heheheh

SELEPAS dapat anak, huihhh.. aku lah yg kene buat proposal budgeting.. ala2 ah long, dapat jer gaji laki aku serah semua kat aku, aku pun seperate lah .. bil2 yg perlu dibayar... ( aku gak yg kene pi settle ) beli pampers , toiletteries ( betul ke tak ejaan tu ) baby thieya, aku ngan hubby aku (kalo habisla ) pastu untuk nampak happening sikit, bawa lah pi makan sekali biler dapat gaji, and for baby thieya, laki aku akan beli baju kat dia.

SEBELUM dapat anak., kiterorg just naik moto jer.. kekonon nak romantik.. laki aku siap ajar aku menunggang lagi... huhuhu... aku pun aper lagi.. sempat la jadi minah rempit ( time preggy plak tu )

SELEPAS dapat anak, baru lah plann nak beli keter, akhirnya kiterorg beli lah viva 850cc ebony black ... itu jer yg termampu setakat ni...


* NOW, AKU BAHAGIA BERSAMA LAKI KU, JUDIN NGAN BABY THIEYA... DOAKAN KAMI YERKK

Wednesday, November 4, 2009

Risau...

Risau, tengok baby thieya batuk ngan selsema still ada. Demam dah ok.. adoii.. tak lena mama dibuatnya. Nampak sgt dia tak comfortable, tido pun asyik terjaga sebab batuk. Hidung asyik berair. Mama risau sebab selama ni dia tak pernah kene selsema seteruk ni, selalunya batuk kejap2 ajer, hidung pun jarang sgt berair. Mama igt nak bawa baby thieya pi klinik sekiranya batuk ngan hidung berair still ader. Tapi walaupun batuk ngan hidung berair but baby still aktif, makan pun kuat. Harap2 cepat la sembuh..

Tuesday, November 3, 2009

Adoiii !!!!!!!


Adoii !!! Sakit giler perut aku... ni lah akibat makan tak ikut time.. melantak tak kire masa. Dah la hubby takder.. adeiii.. nasib baik si kecik ni dah tido, kalo tak mana nak layan sakit perut lagi nak layan kebuasan si kecik lagi.. Call hubby, hubby cakap suruh amik gaviscon ( betul ke tak ejaan tu..lantaklah ) ku cakap mana ada.. takkan nak pi beli. Dia pun naik risau gak sebab dia tau tahap sakit perut aku, kalo dah teruk mau berguling aku.. Sempat lagi dia tanya baby thieya dah ok ke dari demam, "ok ajer baby thieya, cuma hidung tu ader sikit berair and batuk dia pun ader lagi" gitu la ayat2 aku.. Jadi dia suruh aku tido, mana boleh tido beb !! Perut ni terasa senak, baring pun tak kena, jalan pun tak kena.. nak b*r**k pun tak rasa, rasa cam nak pi makan plak, kang tak pasal lagi teruk.. Cam mana nii ????
* Sewaktu menulis entry ni ku masih lagi sakit.. cuma boleh bertahan lagi,
* Baby thieya sedap ajer berguling di atas katil sambil memeluk 'gawo' ( nama bantal busuk die ) dengki mama

Sunday, November 1, 2009

"Demam... Rindu Kott "

Hari ni baby thieya demam..
Sian die.. mata kuyu, tidak seceria selalu
Mintak didukung sampai mama tak larat

Tadi.. bawa pi klinik...
Dokter kater virus.. tapi tak serius,
Dia akan baik sendiri..
Dokter bagi ubat demam

Tocey dokter...

Nenek Umi suap ubat.. sikit jer
Mula-mula baby boleh telan..
Pastu baby muntah..habis seluar ngan baju mama
Tapi takper.. mama tak marah pun

Papa call.. tanya pasal baby
Mama loudspeaker.. baby senyum dengar suara papa
Papa panggil "Thieya bonceng..anak mida "
Baby ketawa..

Alahai anak mama.. windu kat papa rupanya..