Photobucket

SAHABAT

Sunday, April 11, 2010

aku ditag.. hik.hikk

Aku di tag oleh adik ku sendiri rupenya.. hik222

1] Adakah anda merasakan anda hot?

Im hot mama.. yeah... tetiba jadi gelenya


2] Upload wallpaper pc/laptop anda gunakan sekarang?

Ini laptop awam.. tak boleh upload


3] Cerita pasal gambar ini?

Nak citer mendenya..


4] Kali terakhir makan pizza

Uiks.. sama ma sis di pizza hut KB Mall..


5] Lagu terakhir aku dengar?

Aku ada kerana kau ada by radja.. dengar lam youtube jer


6] Apa anda buat sambil menyelesaikan tag ni?

sambil usha2 si kecik ni takut terjaga, habis keje aku (keje ke )


7] Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?

along, dayah,yah, nurul, ebek (suami aku yg panggil )


8] Tag lagi 5 orang siapa yang anda nak tag.

-kakna

-Uncle Dan

-laila

- cici

- Humaira


9] Siapa orang nombor satu bagi anda?

adik yg best..


10] Katakan sesuatu pada orang no.5

BB humaira yg sangat comel..


11]Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

sepupuku..


12]Kata-kata cinta kepada nombor 4

alamak.. kang jadi lain plak.. Love u babe, jg bb dalam perut tu ekk


13]Berikan 5 yang anda tahu tentang orang tag anda

1.Mulut byk, garang tu..tapi sensitif gakk

2. Inteligent and talented

3. Berkarisma, a lovely sis

4. Cerita blog yg best.. memang kalo buka blog.. blog cici antara yg dibuka

5. Suka tgk humaira.. cute




Thursday, April 8, 2010

Bertimpa-timpa

Betapa berat ujian yang melanda diri ku, bermain dengan emosi dan perasaan. Tak dapat ditahan lagi air mata berjujuran,memikirkan nasib yang bakal menimpa. Ingin rasanya ku memejamkan mataku dengan harapan ia akan segera berakhir. Ingin rasanya ku pergi jauh, namun melihat si kecil ku terlena di sisi, membuatkan ku sebak seketika.

" Sayang anak mama... satu-satunya penawar duka mama, penghibur mama di kala mama sepi.. Maafkan mama andainya hari ni senyuman mama tidak terukir, keletah mu tidak mama hiraukan, bukan bermaksud untuk mengabaikan mu, tetapi situasi yang membuatkan mama begini,sayang.. "

Ya, Allah ujian apakah yang telah Kau berikan pada ku, adakah itu tanda yang selama ini aku mengabaikanMu ? Aku memohon padaMu Ya Allah, agar dikurangkan penderitaan ku, aku tak sanggup anakku melihat keadaan aku begini. Aminnn



Tuesday, April 6, 2010

Biarlah

Orang kater,
Anak aku ni gelap,
Tak secerah mama dan papa,
Tapi takper,
Biarpun kulitnya gelap,
Hatinya putih bersih
Orang kater,
Anak aku kecik,
Baby lain debab,
Tapi takper,
Biarpun tubuhnya kecik
Namun hatinya berani,
Jiwanya kental,
Tidak kisah anak aku hitam atau putih,
Kecik atau besar,
Yang penting zat dan darah yg mengalir dari tubuhnya
adalah dari
SUSUKU !!!!

Kisah Troli

Sebenarnya aku nak citer bende ni semalam tapi aku tak tau nak start cam mana.. Well hari ni aku rasa nak sempoi2 jer nak tulisnya ( sebelum ni pun agak sempoi jugak kan ? ) Ceritanya begini :

Aku ngan Baby Thieya serta mak sedara aku pergi ke tesco, bukan nak shopping tapi nak bayar bil telefon. Ntah langkah kanan ke langkah kiri ke aku pun tak tau, tetiba ada pameran beserta jualan HP yg harganya consider murah GILER !!! hajatnya nak pi usha2 lah jugak tapi memandangkan cuaca yg very DA HOT aku mengcanselkan niat ku.. so aku terus mencari parking dalam basement. At first tu, aku nak cari parking yg dekat ngan entrance, kan selalunya untuk parents yg ada anak2 kecik tu.. tapi aku tgk semua penuh, selalunya dalam hari ahad gini sure tak penuh sebab time bebudak sekolah time keje kan.. so aku drive agak jauh sikit.. tetiba aku nampak ada lot parking kosong, agak dekat jugaklah ngan entrance, aku pun speed sikit lah takut keter lain rembat. TUP..TUP.. mak ai patut lah kosong rupanya parking tu dah penuh ngan troli, ada lah 4 -5 buah troli tersadai, ni mesti kes malas nak letak balik kat tempat asal. Habistu takkan aku nak merajinkan diri plak, aku teruskan driving.. selang 3 buah parking ada satu park yg kosong, aku pun memarkinglah keter aku. Lepas tu aku pun pegilah mensetelkan bil telefon tu. Sebab takder bende aper nak beli aku terus menuju ke car park. Setelah menghidupkan enjin, memasukkan gear reverse, aku mengundurkan keter aku perlahan-lahan. Tetiba... ALLAH.. aku hampir melanggar troli yg entah dari mana dtgnya, padahal tadi line clear takder troli pun, kalo ader pun sure aku alihkan dulu. Aku keluar dari keter , periksa kot2 ader calar ker, nasib baik takder aper2, aku usha-usha saper lah yg buat dajal tu, tp tak nampak org pun, musykil aku, takkan troli tu bergerak sendiri. Aku pun membawa troli tu ke tempat letak yg disediakan. Ada seorang lelaki kebetulan lalu di situ, aku tgk dia semacam jer.. tapi aku buat tak kisah lah, tetiba lelaki tu meminta maaf sebab anak dia yg tolak troli tu, adei !!! nak jugak aku tanya mana anak dia.. nak ku cubit2 jer.. tapi aku hanya mampu mengomel dalam hati jer.. Apa lagi nak dikata. dia dah minta maaf. Keter pun tak calar.

Pesanan aku, lain kali biler dah selesai shopping sila letak troli di tempat asal, bukan letak sesuka hati bukan main tolak2 gitu jer.. troli tu nak angkut barang bukan barang mainan yerr...