SAHABAT

Sunday, June 27, 2010

Keje Gila..

Sah.. memang aku dah gila..tengok dah kul baper skrg... Masa untuk tido tapi aku dok bersengkang mata surfing ntah aper2 ntah.. buka youtube, search macam2 lagu..pakai headphone takut thieya terjaga kecuali dia terjaga sebab dengar radio buruk aku ni.. hik..hik.

Ngantuk.. ntah aku tak rasa lagi nak tido.. menguap tu menguaplah tapi mata aku tak mo pejam.. tgk jer lah thieya dok peluk 'gawo' dia tu..

Ni lah kijoaan mama thieya time hubby takder.. automatik dia tak leh tido.. tu tanda nya suami kene ada dcc.. hik2... manja gak aku ni yer.. kalah 'gemuloh' meebo aka kucing aku luu.. mati sebab kureng kasih sayang..stress and mati gitu jer... Ishh.. simpang malaikat 44 takkan nak ikut jejak kucing aku kot.. hishhhh...

Ni ha..pagi nanti nak pi tangkap gambar.. eloklah tu .. gambar zombie Kota Bharu.. WANTED !!!!! Kalo tak cantik mula aku tarik muka 14.. padahal salah sendiri tak mau tido sudahnya mata tu ala2 zombi.. ni aku pot pet awal.. untuk reminder so tak yah arr aku pot pet.. because i know what will happen... Sabo jerlahh

Tuesday, June 15, 2010

Adei... thieya cirit birit plak..

Runsing plak aku.. Baru jer aku hati aku senang tgk thieya toyiee berselara makan, hari ni plak dia berak2.. nampak tak teruk sgt, still boleh makan lg nasi , makan roti.. Tapi pengalaman lepas memang buat aku jadi trauma kejup.. yerlah dibuatnya makan tak lalu.. adeiiiiii

Call hubby aku bgtau pasal thieya, dia kater biasalah sebab dia makan banyak.. Dushhh.. rasa nak nempik2 jer nak bgtau BETAPA AKU RISAUKAN THIEYA TOYIEE . Tapi tak mau bende ni jadi besar, aku cuba..dan cuba untuk calm kan diri aku.

Now thieya toyiee sedang tido, aku lumur daun 'ketuk' (mak mentua aku ngan umi aku kata elok untuk anak berak cair ) setiap masa aku lumur kat perut dia, hopefully tak mau jadi macam sebelum ni. Nak bagi ubat ?? kalo boleh aku tak nak dah 'bersilat' dengan anak aku nak bg bende alah tu. Tak sanggup nak nengok dia terjerit2 sebab ubat tu betul2 pahit.

HARAP2 DIA DAH OK LEPAS DIA BANGUN TIDO.. SEBAB MAMA TERLALU RISAUKAN KAN KAMUU

Thursday, June 10, 2010

salah ke aku biler aku buat satu2 keputusan tanpa meminta pendapat kedua.. yup aku bukan matang sangat dalam membuat satu2 keputusan tapi aku tidak bodoh untuk menilai satu2 keputusan yang aku buat.. well .. tapi ada org tidak yakin dengan apa yang aku telah putuskan dan akhirnya berlaku percanggahan keputusan.



saper yang terasa hati ?



Aku dan yang si yang mempertikaikan keputusan





kenapa ?



Sebab aku sedih bila keputusan aku dipertikaikan dan yang mempertikai kan keputusan itu sudah tentu terasa hati sebab cadangannyan tak diterima


Penyelesaian:


Bagi aku, selagi mana keputusan aku tidak memberi kesan negatif, aku akan tekad dengan keputusan itu, tapi ada jugak aku megubah keputusan, ini ku lakukan semata-mata untuk menjaga pihak yang mempertikaikan keputusan aku. ..


Jadi adakah aku boleh membuat kesimpulan yang aku bukan seorang yang tetap pendirian atau terlalu menjaga hati orang lain ?? Entah aku pun tak tau

Kurma oh Kurma


Kenapa aku titlekan 'Kurma' ? Puasa dah tak lama so aku nak promote la kurma ni.. Pun bukan gak,. Jadi apa ke halnya.. Oklah secara ikhlas dari lubuk hatiku yg suci ni, aku akan buat satu pengakuan, 'AKU TAK PERNAH MAKAN KURMA DAN AKU TAK SUKA MAKAN KURMA'. Ehhh... ni tak tipu dan bukan gimik semata-mata. Korang kene caya gak ekk.. plz... buat mata berkelip sebanyak 30 kali.
KENAPA AKU TAK SUKA KURMA ?
Entah.. aku pun tak tau kenapa,tapi apa yang pasti setiap kali time buka posa, aku sorang2 jerlah yang bedal kuih. maybe sebab rasa kot.. pun bukan gak..sebab aku tak pernah rasa.. TAK CUTE ? Apa kaitan plak, lari dari tajuk ni..
SO KENAPA AKU NAK TULIS PASAL KURMA ?
Aku nak bgtau.. Finally, semalam bersamaan 9 Jun 2010, baru lah aku tau betapa nikmatnya buah kurma ni. Siap bedal 10 biji lagi tau..kes excited sangat la ni. Aku pun tak tau cam mana tergerak hati aku nak makan kurma ni. Cuma pada waktu itu, perut aku lapar sangat, tapi takder selera nak makan nasi. Biskut plak takder.. so aku godek2 kat peti makanan, hanya ada kurma. Jadi aku main sambar jerlah. APA YANG AKU RASA ? Wow ..lebih sedap dari cadburry coklat, dari sebiji aku 'up'kan 2 biji akhirnya goes to 10 biji.. Umi aku geleng kepala " Alahai , umi simpan kurma tu buat buka puasa sunat nanti ".. "Takperlah umi.. ni first time along bedal kurma ".. Umi aku geleng kepala ..tak tau nak kata apa lagi
Just now .. dalam2 aku menulis blog ni, aku baru terbaca yang kurma adalah salah satu sources untuk menambah susu instead of pegaga, soya, etc.. memang sebelum ni aku pernah baca tapi hanya sepintas lalu jer. Jadi aku telah membuat satu kebaikan untuk anak aku, makan kurma untuk menambahkan susu badan, so thieya toyiee akan dapat susu yang secukupnya.

Tuesday, June 8, 2010

baby thieya kene cirit birit

Hari ni sudah 5 hari Thieya Toyie kene cirit birit. Cirit birit ke ? Entah lah ... Apa yang aku tau cirit birit ni, boleh dikatakan setiap jam bb poo..poo, pendek kata, sehari tu , berbelas2 pampers jugak lah kene tukar. Tapi condition Thieya Toyie lain sikit, Dia cuma berak at 2 kali sehari, yang wajib waktu pagi, dan petang. Kenapa aku kata Thieya toyiee kene cirit birit ? Pasal stool dia ala2 kuning, bau dia punya lah busuk dan setiap kali dia poo..poo, mesti bersembur. Tapi yang pastinya stool dia takderlah cair. But still aku nak consider sebagai cirit birit.



Disebabkan Thieya Toyiee kene serang cirit birit maka aku terpaksa menyediakan makanan lembut seperti bubur (macam mula2 introduce solid food ) itupun aku buat atas nasihat doctor. Beliau menasihati aku agar memberi makanan lembut untuk 'merehatkan' ususnya. Agak tertekan jugak aku, sebab Thieya Toyiee tak mau langsung makan bubur tu, yerlah dah tekak dia dah biasa dengan makanan sedap, tetiba nak kene makan bubur kosong, memang boikot teruslah budak tu. Tapi Alhamdulillah, dia nak gak hisap susu aku walaupun sekejup. sekurang-kurangnya ada jugak zat yang masuk. Aku pulak demi untuk melihat dia sembuh, terpaksa meng'stop'kan dan meng'had'kan beberapa jenis makanan dan minuman antaranya milo dan aiskrim, sebab tak nak beri effect kepada dia. Aku banyakkan memakan multivitamin, spirulina dan air soya.



Aku harap Thieya Toyiee akan cepat sembuh. Kesian aku tgk dia. terjerit2 bila dia terberak ( time dia tido,so aku kene kejut dia untuk bersihkan poo..poo ) dan kesian kat aku sebab hari2 kene cuci cadar.





INFO MENGENAI CIRIT-BIRIT (DIARRHOEA)



Biasa berlaku pada kanak-kanak dan akan baik dengan sendiri tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.


Diarrhoea ialah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan keadaan najis berair. Najis akan keluar dengan lebih kerap. Terdapat dua jenis diarrhoea :


Diarrhoea akut - Terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang dari 2 minggu > Thieya toyiie dalam kategori ni


Diarrhoea teruk (kronik) - berterusan hingga lebih 2 minggu >>> mintak dijauhkan


Cirit birit atau diarrhoea berlaku disebabkan oleh jangkitan pada usus yang juga disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh berlaku bukan sebab jangkitan tetapi kes ini jarang berlaku.


Punca-punca jangkitan



  • Tranmisi - berlaku daripada individu lain ke individu lain

  • Bakteria - Shigella, Campylobacter,Escherichia coli

  • Virus - Norwalk virus, rotavirus >>> Yang thieya toyiee kene

  • Parasit - Giardia Lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan Punca Jangkitan



  • Tolenrasi terhadap makanan -Tiada tolenrasi terhadap laktosa

  • Reaksi ubat-ubatan

  • Pengambilan antibiotik tertentu

  • Penyakit berkaitan usus - Inflammatory bowel disease ( sejenis penyakit dimana usus tidakdapat mencernakan lemak ) Functional bowel disease (penyakit fungsi usus ) Irritable bowel disease (radang usus )

Tanda-tanda Diarrhoea

  • Perut rasa memulas dengan lebih kerap >>> tak tau.. tgk thieya toyiee biasa jer
  • Cirit Birit >>> tanda utama, berak sebelah pagi ngan petang jer
  • Mual dan muntah-muntah >>>> takder plak tgk thiya toyie muntah, tapi muntah sebab makan ubat ader
  • Demam >>>> takder lagi so far
  • Hilang selera makan >>>> pada bubur nasi, tapi tgk makanan lain siap buat mulut burung.. sian plak nengok
  • sakit perut/kejang >>>> takder plak
  • perut kembung >>>>>>> tak sempat perut tu kembung hari-hari nenek dia sapu minyak angin..

Sumber : www.infosihat.gov.my

\











Thursday, June 3, 2010

bebelan di pagi hari

Dulu aku igt lagi waktu zaman mula2 internet ada kat Malaysia... kirenya sesaper yg boleh menguasai internet memang tabik spring la.. kalo umah sesaper ader internet memang jadi port lepak sebab nak tgk gamak nya internet tu berfungsi.. Dulu mula-mula internet ni diperkenalkan takder takdernya broadband, streamyx, wifi, hot spot ke. Yang ada cuma dial up connection tm net, aku igt lagi time tu security cukup rendah al-maklumlah baru2 lagi, username ngan pass boleh share ramai2, kekadang tu amik yang saper ntah.. gunalah sampai kene bar.. time tu plak cyber cafe tumbuh bagai cendawan, plak tu service dia memang mahal giler la..

Mula-mula aku dapat internet tu.. first thing yang aku buat ialah buat email.. Ceewaahh punyalah bangga ada email.. kalo tulis dalam autograph ke sure letak email address, menyampah aku... Pehtu biler dah rasa terer sgt , mula lah berjinak2 ngan MIRC ataupun Internet Relay Chat.. Tak kisah berjam2 ngadap PC, tido pun tak tak cukup, siap berebut dengan adik lagi.. nak tergelak pun ada.. apertaknya.. ada gaduh2 lagi dalam MIRC tu, war script la , ada pangkat lah , ada channel lah.. ish memang kalo cerita 7 hikayat tak habis lagi.

Nowdays, ahaks, macam buat karangan plak,internet adalah satu keperluan, pendek panjang kater semua org ada internet. Ada broadband, ada WiFi ada Hot Spot, nak pakai streamyx pun boleh. Facebook.. semua org ader.. yang sekecik kecik sampai yg dah tua.. tu tak masuk lagi tweeter, blog , myspace, dan entah aper2 lagi. Cuma satu jer aku nak remind.. cewaahh macam duta internet plak.. manfaat kan internet dengan sebaik mungkin dan............ yg ni penting ni untuk ibu2 termasuk aku la, internet, internet jugak..jangan sampai keluarga terabai.