Photobucket

SAHABAT

Saturday, December 5, 2009

BABY THIEYA TAK MO MAKAN....

Aduh !!! tension banget aku... bb thieya tak mo makan, mula2 aku bg mkn nestum, cam biasaler (perisa beras + ayam, nestle , stage 3 ) lepas satu suap tu she refused to eat again.. aku fikir maybe dia kenyang sebab sebelum tu aku susukan dia. Dan hari ni, dia still tak mo makan even aku tak susukan dia.. hubby aku bg cdgan suruh tukar plate makanan sebab dia perasan bb thieya macam tak suka bile tgk plate tu so aku replace another plate lain, tapi dia tak mo makan gak, tapi yang heran nya biler dia tgk aku makan roti, laju plak tangan dia nak menyambar roti tu. So aku bglah dia sikit.. nampak cam selera.. jadi aku igt dia mesti nak makan, aku pun bglah biskut rusk tu, mula2 tu dia pegang2 biskut tu then throw it out, adei.. aku amik yg lain , patahkan sedikit dan bg dia makan.. dia makan lah gak.. walaupun nampak macam terpaksa..

Aku ni dah risau giler, tambah2 lagi mak sedare aku yg mulutnya takder insuran tu kater muka bb aku pucat.. startlah dia membebel.. "thieya tak cukup rehatlah, thieya ader masalah lah , " Bukannya nak bg semangat nak calm kan aku ke.. dia tu bukan ader anak pun.. setakat jaga anak sedare . Tapi bg advise macam dah beranak 10 kali.. Saba jerlah aku.. Baru sebentar tadi mak aku beli lah mash potato.. kekonon bb thieya 'brehi' (suka) makanan org tua.. tapi biler nak suap dia paling muka..

Entahlah.. agak2 nya dia ni nak ringankan tubuh kot (aku meng'calm'kan diri aku sendiri ) sebab dia dah start memanjat and berdiri sendiri. Tapi aper yg aku sedar susu dia still selera menghisap cuma makan jer dia tak mo, Dan satu lg yg aku sedar setiap kali aku cuba suapkan makanan look like she had trauma with spoon. Hope bende ni tak amik masa yg lama..

Wednesday, December 2, 2009

"Hari ini"

Hari ni sepatutnya aku menghadiri interview di UITM shah alam untuk jawatan librarian, ni first interview selepas delivery bb thieya, tapi nak wak cam mana, hubby aku tak bg pi sebab dia tak leh amik cuti. Aku bg suggestion untuk bawa MIL atau mak aku pi sana tapi dia larang gak kata nya, "jangan nak cari pasal, awak tu perempuan, KL tu bukan macam KB.." and last resort aku, aku nak pi sorang.. bb thieya aku left ngan mak aku (boleh ke ?? ) . Apa lagi hangin gak laki aku , katanya aku sanggup tinggalkan si kecik tu macam tu jer.. aku cakap la aku akan perah susu. Laki aku dengan mata ala2 terbeliak nya "Kalo thieya tak makan saman ngan botol susu ? Dia nak ngan awak jugak macam mana ? Saya tak pandai nak memujuk ni..." dah gitu katanya, maka aku terpaksa membatalkan hasrat ku yg tinggi menggunung tu.. Yup.. ader betul gak katanya, bygkan time interview, telefon ke sms tak berhenti2 nak bgtau si kecik mengamuk, sure tak tenang jugak kan.. takperlah.. mungkin ni bukan rezeki mama.. mana tau kan tahun depan ader yg lebih elok lg ke .. ??

* Semalam laki aku pujuk aku.. dia bukannya tak bg aku keje.. kalo boleh dia memang nak aku keje, tapi tunggu lah si kecik ni besar sikit... sejuk ati aku dgr..

Wednesday, November 25, 2009

Satu Juta Sahaja


Aku tak leh nak tido.. tetiba terlintas di kepala otak aku.. "BAYANGKAN LAH KALO AKU DAPAT SATU JUTA RINGGIT"....

  1. Aku akan bagi RM 50k dekat PIL aku untuk expand bisnes diorang
  2. Aku akan bg RM20k kat parents aku.. (lantak diorang nak buat aperpun )
  3. Aku akan bagi RM 30k kat adik beradik aku including SIL aku.. (pandailah korang nak bahagi)
  4. Aku akan beli rumah/apartment budget dalam RM400k (fully furnished and decoration )
  5. Aku akan beli BMW 5 series..
  6. Spent RM25k untuk shopping (agak2 cukup tak ???)
  7. Yang selebihnya ku simpan

Hehehe...naperlah aku boleh terfikir macamtu... adei.. kuat sgt berangan mama ni..thieya oiii....

Tuesday, November 24, 2009

Da Sembuh

Baby thieya dah sembuh.. semalam aku bawa dia pi TMC sekali lagi.. Doc bg ubat antibiotik ngan ubt demam.Sampai di rumah, terus jer diberi.. Mujur lah bb thieya boleh terima ubat tu, kebetulan ubt antibiotik tu rasa manis .. ( sedap jugaklah ) .. siap jilat lagi.. adeiii... lepas 30 min, badan dia dah start berpeluh, mak aku kata itu tanda positif .. aku check suhu dia..tak panas lagi.. BB thieya plak maybe dah rasa segar badan, mula lah mengaktifkan diri, dah start belajar berdiri padahal merangkak pun tak leh ;lagi.. yg klaka nya dia pegang perut papa dia untuk dia berdiri.. apa lagi tertonggeng la punggung dia.. heheh plak tu tido nya lambat dalam kul 2 pagi, sudah nya papa nya pi keje lewat, BB thieya plak.. ZZZZZZZZZZ ngan bantal busuk nya,,

Monday, November 23, 2009

Baby Thieya Demam

Hari ni hari ke 4 baby thieya demam.. kebetulan hari ni cukup 8 bulan si kecik tu. Sebelum ni dia tak pernah demam seteruk ni, kelmarin suhu dalam around 39 darjah celcius.. memang aku ngan hubby terkejut sgt sebab tak sangka sampai setahap ni baby thieya demam. Sebelum ni baby thieya tak pernah dapat demam teruk cam ni kalo aderpun demam biasa jer.. dan sebelum dia 6 months dia memang tak pernah demam. Jadi ini merupakan pengalaman pertama aku menjaga baby thieya.
At first, suami aku yg sedar baby thieya ni demam, dia bgtau aku yg badan baby thieya panas, aku kata maybe dia nak sesuaikan suhu bdn dia ngan sekeliling, kebetulan musim monsun .. so terasa sejuk sikit.. Tapi dalam waktu tgh hari.. betul-betul badan dia panas.. aku pun phone hubby aku, hubby aku berjanji nak bawa dia pi klinik. So malam tu kiterorg bawa bb thieya ke Klinik TMC kat situ ader specialist kanak-kanak ( aku pun tak igt doc tu nama aper ) Doc tu kater virus, so tidak perlu antibiotic, aku meninta agat doc memberi ubat yg masuk ikut bu*t**t dia sebab bb thieya ni susah sikit nak makan ubt.First ubat dah dimasukkan (menangis lah si kecik tu ) doc bekalkan 8 biji kapsul tu.. if demam dia tak baik lg. barulah dia akan bg antibiotic
Now.. bb thieya dah ok sikit, suhu dalam 37, bdn ader sedikit suam2,.. tapi dia kuat minum susu, setiap 30 min memang dia akan menyusu, makan pun boleh tahan kuatnya. Aku harap bb thieya sihat.. risau mama dibuatnya,,

Tuesday, November 17, 2009

Penghijrahan

Semalam, aku baca entry yang ditulis oleh cik cici (opps.. puan cici ) kiter.. Perpindahan = Berhijrah. Aku baca whole story dia..aku bg komen sikit.. Ci kater dia pun rindu kat kg halaman (kedah naa ) nampak nya cici lg kesian dari aku. Aku dah hidup di negeri kelahiran aku.. tapi dah kalut biler dah ader suggestion untuk berpindah. Yup.. hubby aku akan berpindah dan aku sebagai isteri harus mengikutnya. Cuma aku agak terkilan sebab terpaksa berjauhan dengan parents aku. Kelantan - Kuala Lumpur, kehendak tugas dan kerja laki aku menyebabkan dia terpaksa berpindah. Oh ya... FIY, hubby ku ni kerja dia sebagai penunggang kuda di Tengku Mahkota Kelantan Endurance Training.. Alhamdulillah since 3 thn dia bekerja kat situ, dia dah naik pangkat jadi assistant trainer. Mungkin kerana sifat dedikasi dan tanggungjawab dia terhadap keje dia, manager dia Karina D'villers mencdgkan agar hubby ku menimba pengalaman di Bukit Kiara. Katanya lagi, dia tidak mahu bakat yang ader pada hubby aku dipersiakan. Hubby bertanya adakah aku bersedia untuk berpindah ke KL sekiranya diarahkan..Aku tak tau nak kata apa.. secara jujurnya aku gembira sebab usaha dia diberi perhatian tetapi pada masa yg sama aku sedih.. sedih sebab terpaksa berpindah.. aku membayangkan yg aku terpaksa menyesuaikan diri di tempat baru yg semestinya menjanjikan suasana yg cukup berbeza, dan apa yg paling aku risau, adakah aku mampu menerima perubahan itu bersama bb thieya yg akan kubawa sekali. Semalaman aku berfikir, keadaan tempat baru aku, jiran baru, rumah baru, dan segalanya baru.. adeiii pening aku nak fikir.. tapi untuk kebaikan hubby aku dan semestinya untuk aku dan bb thieya, aku berharap agar penghijrahan aku ini mengajar aku agar menjadi lebih matang dan dewasa ...

p/s : ku macam cici gak.. byk bende nak pack.. pakaian aku dah berkotak2 tu tak masuk lg hubby ngan bb thieya, katil lg , almari lg, dapur lg, bla..bla..

Tuesday, November 10, 2009

"Mucuk da balik "

Hari ni mucuk dah balik lepas 10 hari berkampung di Terengganu. 10 hari tu, aku tgk ader sedikit kurus, muka pun consider licin lagi tapi slack sikit, jalan terkangkang, adei.. naik kuda lama sgt. Alhamdulillah dia berjaya complete 120 km, just dapat USD 1000 ( siap bawa replika cek, tapi duit takde..hampeh ) oklah tu boleh shopping serba sikit... Jadi aku kene lah bodek2 die buat jelingan MAUT gitu... Yang best nyer soveniur dia beri kat aku. baju2 yg belum dibasuh beserta wangian 'AROMA TERAPI' yang menusuk lubang hidungku.. Dahla musim tengkujuh.. mana lah nak basuh bende alah tu.. Saba ajerlahhh...

Thursday, November 5, 2009

"SEBELUM dan SELEPAS"

SEBELUM dapat anak, aku bangun ikut time sendiri, pukul 10 ke pukul 12 ke, hubby.. hehehe lepas buat sarapan ku sambung tido balik la... (kebajikan dia kene jaga oooo )



SELEPAS dapat anak, ikut time baby thieya.. ntah cam mana si kecik ni suka bgn awal.. pukul 8 dah bangun , plak tu siap cakar muka kiter lagi ( kekonon kejut la tu )



SEBELUM dapat anak, hidup aku ngan laki aku ni kurang terurus sikit..heheh al maklumlah hidup berdua..

SELEPAS dapat anak, semua urusan harus dibereskan, kalo dulu baju longgok seminggu tak basuh takper lagi tapi, selang 3 hari dah basuh, dulu bilik jarang kemas, skrg itulah tugas yg dilakukan tiap2 pagi. Pendek kata sentiasa dipenuhi dengan aktiviti berfaedah ..heheheh

SEBELUM dapat anak, asyik berderat ( merambu la ) tak kire masa, kadang2 tgh malam pun boleh kuar lagi, time hubby takder lagi best, kuar ngan adik ipa plak.

SELEPAS dapat anak, kurang sikit aktiviti merambu, bukan aper kalo kuar pun kene ader limit, bawa si kecik ni.. terbatas sikit pergerakkan ...

SEBELUM dapat anak, aku boleh dikatakan sedikit berjoli.. ( kene mention sikit tu ) ala bukan shopping pun, kuat melantak, laki aku pun 2 kali 5 ngan aku gak, asyik makan kat kedai jer.. boleh kirelah berapa kali aku masuk dapur ... heheheh

SELEPAS dapat anak, huihhh.. aku lah yg kene buat proposal budgeting.. ala2 ah long, dapat jer gaji laki aku serah semua kat aku, aku pun seperate lah .. bil2 yg perlu dibayar... ( aku gak yg kene pi settle ) beli pampers , toiletteries ( betul ke tak ejaan tu ) baby thieya, aku ngan hubby aku (kalo habisla ) pastu untuk nampak happening sikit, bawa lah pi makan sekali biler dapat gaji, and for baby thieya, laki aku akan beli baju kat dia.

SEBELUM dapat anak., kiterorg just naik moto jer.. kekonon nak romantik.. laki aku siap ajar aku menunggang lagi... huhuhu... aku pun aper lagi.. sempat la jadi minah rempit ( time preggy plak tu )

SELEPAS dapat anak, baru lah plann nak beli keter, akhirnya kiterorg beli lah viva 850cc ebony black ... itu jer yg termampu setakat ni...


* NOW, AKU BAHAGIA BERSAMA LAKI KU, JUDIN NGAN BABY THIEYA... DOAKAN KAMI YERKK

Wednesday, November 4, 2009

Risau...

Risau, tengok baby thieya batuk ngan selsema still ada. Demam dah ok.. adoii.. tak lena mama dibuatnya. Nampak sgt dia tak comfortable, tido pun asyik terjaga sebab batuk. Hidung asyik berair. Mama risau sebab selama ni dia tak pernah kene selsema seteruk ni, selalunya batuk kejap2 ajer, hidung pun jarang sgt berair. Mama igt nak bawa baby thieya pi klinik sekiranya batuk ngan hidung berair still ader. Tapi walaupun batuk ngan hidung berair but baby still aktif, makan pun kuat. Harap2 cepat la sembuh..

Tuesday, November 3, 2009

Adoiii !!!!!!!


Adoii !!! Sakit giler perut aku... ni lah akibat makan tak ikut time.. melantak tak kire masa. Dah la hubby takder.. adeiii.. nasib baik si kecik ni dah tido, kalo tak mana nak layan sakit perut lagi nak layan kebuasan si kecik lagi.. Call hubby, hubby cakap suruh amik gaviscon ( betul ke tak ejaan tu..lantaklah ) ku cakap mana ada.. takkan nak pi beli. Dia pun naik risau gak sebab dia tau tahap sakit perut aku, kalo dah teruk mau berguling aku.. Sempat lagi dia tanya baby thieya dah ok ke dari demam, "ok ajer baby thieya, cuma hidung tu ader sikit berair and batuk dia pun ader lagi" gitu la ayat2 aku.. Jadi dia suruh aku tido, mana boleh tido beb !! Perut ni terasa senak, baring pun tak kena, jalan pun tak kena.. nak b*r**k pun tak rasa, rasa cam nak pi makan plak, kang tak pasal lagi teruk.. Cam mana nii ????
* Sewaktu menulis entry ni ku masih lagi sakit.. cuma boleh bertahan lagi,
* Baby thieya sedap ajer berguling di atas katil sambil memeluk 'gawo' ( nama bantal busuk die ) dengki mama

Sunday, November 1, 2009

"Demam... Rindu Kott "

Hari ni baby thieya demam..
Sian die.. mata kuyu, tidak seceria selalu
Mintak didukung sampai mama tak larat

Tadi.. bawa pi klinik...
Dokter kater virus.. tapi tak serius,
Dia akan baik sendiri..
Dokter bagi ubat demam

Tocey dokter...

Nenek Umi suap ubat.. sikit jer
Mula-mula baby boleh telan..
Pastu baby muntah..habis seluar ngan baju mama
Tapi takper.. mama tak marah pun

Papa call.. tanya pasal baby
Mama loudspeaker.. baby senyum dengar suara papa
Papa panggil "Thieya bonceng..anak mida "
Baby ketawa..

Alahai anak mama.. windu kat papa rupanya..

Wednesday, October 21, 2009

Online Contest- Senyuman Ceria Si Comel










Nama : Nurul Athieya Khalieda
Umur : 6 bulan ++

First time join contest dalam blog ni.. kebetulan plak byk gambar baby thieya yg cute2 (syok sendiri plak )hehehe... thanks pader
SMILEYKIDZ

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
****************************************
Contoh gambar senyuman ceria si comel adalah seperti banner contest ni.
Ceria kan senyuman tu?

Thursday, October 15, 2009

"GERAM TAHAP GABAN "

Pepagi buta, sedang elok makan lepat pisang sambil baca metro tetiba aku terbaca satu berita yang membuatkan darah aku naik mendadak .. Eeiii..

Tinggal bayi atas kereta
Jemaah masjid gempar lihat si kecil lena berbungkus

"Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin,jemaah masjid itu gempar dengan penemuan bayi lelaki dipercayai berusia sehari masih bertali pusat ditinggalkan atas but sebuah kereta."

Giler ke aper .. baby yang baru sehari lihat dunia dah kene tinggal kat atas but keter.. mak jenis ape yer.. BODOH... BANGANG.. BUAT MALU RAKYAT KELANTAN..

Aku.. kalo jumpa mak atau saper2 yang bertanggungjawab buang bayi ni.. memang aku tomoi dia banyak kali.
Nasib baik pemilik keter tu tengok.. kene dia buat tak nampak.. aku tak tau aper nasib baby tu.
Alhamdullillah.. baby tu selamat berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Moga2 dia berada dalam keadaan sihat.

*Pemilik kereta itu seorang doktor warga asing (India), apa persepsi dia mengenai perkara ini ? Kene plak baby tu org melayu beragama ISLAM. KORANG FIKIR LAH SENDIRI !!!

*Kejadian itu berlaku setengah jam sebelum aku pi ke pangkalan chepa.. nak ke PC aku kene lalu di tempat kejadian itu ( Kejadian itu berlaku di depan Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian ) Kalo kebetulan bende tu terjadi depan mata aku.. memang kene lahh si pembuang tu

NASIHAT AKU :

Pada couple2 tu.. kalo nak bercouple tu biar igt halal haram, kalo desperate sangat kawen jer terus, ini.. biler terlanjur baru mengelabah, keta palow lutut.. pastu mula lah nak buat perkara bukan2. Binatang pun tau sayang anak, ini kiter yg ada akal fikiran.. adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. ..


Wednesday, October 14, 2009

Cherating Part 2









Aku just letak a few pic
Sorry tak sempat nak snap banyak2
Biasaler, jaga si kecik ni..


'Makan Langsat ke Cherating ??? '

Bunyi title macam pelik jer ?? Hehheh.. Aku pun tak tau cam mana nak tulis. Gini, pada 9 Okt lepas, aku, baby thieya, mak mentua dan adik ipar aku pergi ke cherating. Tujuan kiterorang ke sana adalah untuk menyaksikan kejohanan Kuda Lasak @ Endurance di Pahang International Endurance Park, dekat Cherating la.. Kalo korang baca paper, aderlah dinyatakan Penn-Pahang Endurance Challenge 2009. Kebetulan plak, laki aku ngan adik ipa aku ada menyertai sukan tersebut di bawah team Tengku Mahkota Stable.

Meh aku nak citer..journey kiterorang ke cherating secara kronologi (yeker ?? )

8.00 pg hingga 10.30 pg - Dari rumah mak mentua aku, kite orang bertolak terus ke cherating melalui Terengganu. Kiterorang tak berhenti mana2 kerana hendak tiba awal di Cherating ( laki aku nak suruh tgh proses veg check la )Sampai di Terengganu, kiterorang terus menuju ke kuala Berang, kebetulan pulak pak mentua aku berpesan supaya tidak masuk bandar takut jem atau sesat.

10.30 pg hingga 2.00 ptg -Dari Kuala berang, kiterorang follow jer sign board yg terpampang di tepi jalan. Sedang asyik memandu, tetibe.. 40km nak sampai Kuantan. " Alamak, kiter dah sesat ni", kata mak mentua aku. So kiterorang carilah somebody yang boleh guide kiterorang ke Cherating. Adik ipa aku bertanya pader seorang mekanik keter. Dia pun menyuruh kiterorang melalui simpang ke Mak Lengam ( tak ingat plak ejaan ) So, disebabkan kiterorang terlajak jauh, jadi terpaksa berpatah balik dan masuk ke simpang tu.

Perjalanan semakin jauh,keadaan jalan tu memang scary . Bayangkan takder satu pun keter yang kiterorang nampak, apatah lagi manusia. Laki aku dah byk kali call tapi aku tak boleh nyatakan kat mana sebenarnya kiterorang ni berada. Hampir sejam perjalanan barulah berjumpa ngan sorang pakcik. Setelah menjelaskan masalah kiterorg, akhirnya pakcik tu pun menunjukkan arah yg sebenar.

Akhirnya kiterorang sampai di Holiday Villa Cherating jam 2 petang. Sepatutnya pukul 1 dah sampai.. tapi makan langsat byk sangat.. huhuhu

* BB thieya menangis kerana dypersnya tidak ditukar .. poo..poo byk.. kiterorg kene cari tempat yg betul2 selamat .. kang dok sibuk2 basuh poo..poo tetiba perompak ke kan.. maklumla sunyi sepi

* Biler nak balik ke KB, kiterorg ikut jaln pantai.. siap lalu kat pelantar minyak lg (kemamam-kerteh-paka-dungun)

* Mak mentuaku kate "Bo lahh gi nyor cherating, dohla jauh , make buoh langsat pulop "huhuh

* Aku hanya membelanjakan rm 60 untuk pegi dan balik.. (viva kan)

Monday, October 12, 2009

ADOII !!!!!

BUKAN SAKIT NAAA !!!

SAJER.. NAK AMIK MOOD

ANGIN CHERATING STILL MELEKAT

MALAS RASE NAK TULIS ENTRI BARU..

NI JER YG MAMPU AKU TULIS ..

CAU CIN CAU

Tuesday, October 6, 2009

Thieya windu kat papa die

Thieya windu kat papa die,
wajah dia tidak secute seperti selalu
makan pun tak lalu
biler papa dia call, dia tersenyum
berebut telefon ngan mama
sian anak mama.
windu kat papa...
sian anak mama
tido awal malam ni
sian anak mama...
mama pun windu kat papa jugak

Monday, October 5, 2009

GeDEbuK !!!

Diumumkan, anak aku Nurul Athieya Khalieda, jatuh gedebuk macam superwomen pada hari Jumaat bersamaan 2 Okt jam 12.45 tgh hari... Nasib baik takder paper.. aku pun naik heran apsal boleh jadi camtu, sebabnya tak sampai 5 min.. tup2 dah kat bawah.. TERBANG !!!!.. kalut gak aku.. tapi kalut lagi tok2 ngan nenek dia ( mujur ayah aku yg dok kat Bagan Penang tu tak balik.. kalo tak lagi haru.. ) tak pasal2 gak hari tu aku dapat khutbah Jumaat.. yg disampaikan oleh nenek2 ngan tok2 die..

Mujur lah baby thieya takder pape.. lebam sikit jer kat pipi die.. aku dah tuam.. surut sikit bengkaknyer.. eii Ganas tul !!

Tuesday, September 29, 2009

Surirumah "Susah dan senang "


Aderla satu hari tu aku dengar rungutan dari seorang hamba Allah, bunyinyer "Awak takperlah, suri rumah, dok umah jer. Saya ni keje kat luar, tension lagi, awak kat rumah boleh relaks". Gitulah bait2 ayat yg aku dengar. . Yang pastinya ayat2 ini kluar dari mulut seorang lelaki yg bergelar suami. Aku terpana seketika, emm senang ke untuk menjadi seorang surirumah ? lebih2 lagi jika mempunyai anak.Banyak perkara yang perlu dibuat dari menjaga suami sehingga ke anak2, yg extra tu biler terpaksa bekerja, so ader dua responsibility, surirumah dan kerjaya. Chups.. aper yg aku cuba fokuskan ialah surirumah sepenuh masa ( macam aku daaa ) . Jikalau kiter sedar, surirumah ni takder task spesification maknanya semua keje dia kene buat ( membasuh, memasak, jaga anak, jaga suami,dan lain2 yg boleh diconsiderkan sebagai surimah ) takder recruitment ( memang tanggungjawab isteri), takder promotion ( aku tak dengar lagi, surirumah boleh jadi ketua surirumah ) takder reward (kecuali hadiah hari jadi ngan ulang tahun ) dan yg paling best di dengar oleh papa2 di luar sana, TAK PERLU DIBAYAR GAJI, BONUS DAN ELAUN... jadi mereka menganggap surirumah adalah keje yg paling mudah di dunia (Yeker ??) TIDAK !!!! kalo papa2 dan hubby diluar sana tak caya cuba tanya isteri2 anda, bilerkah masa cuti diorang, adertak diorang rehat tanpa gangguan?? Sebilangannya akan menjawab TIDAK dan bg yg dah OTAI... "ala,makcik dah biasa, kalo rehat rase lenguh jer bdn, tak buat keje"

Berikut adalah kebiasaan yg surirumah selalu buat :

1. Bangun seawal yg boleh, kejut suami dan anak2 untuk pi keje and sekolah.
2. Prepare sarapan, sambil2 masuk bilik tgk suami atau anak2 dah bgn ke tidak
3. Serve sarapan, sambil2 tu tlg suami ikat necktie ke, cari kasut ke, pilih baju ke etc tu tak termasuk yg anak2 plak
4. Hantar anak2 ke sekolah ( kalo dipertanggungjawabkan) alasan, traffic jam, sekolah jauh dari tempat keje suami.
5. Kutip baju kotor, basuh (memangla pakai washing machine, sumbat jer ) kalo dapat suami yg cerewet, baju2 kaler putih, branded ke, yg sayang ke harus dibasuh dengan tangan..fuhh
6. Kemas barang2 yg disepahkan oleh suami ngan anak2 ketika kelam kabut nak kuar pi keje ngan pi sekolah
7. kemas umah (sapu, vacum ke and mop ) sambil2 tu fikir nak masak aper tgh hari tu
8.Prepare masak..sambil 2 tu kene alert nak amik anak sekolah lg
9. Anak balik dari sekolah, campak jer beg sekolah tu, tanggal pakaian sekolah campak kat atas katil, geleng kepala si mama tapi tangan cepat jer ngemas (kalo mak aku harus membebel dulu)
10. Kemas dapur ngan meja makan ( anak makan tgh hari ) sambil2 tu mulut tak berhenti2 suruh anak buat keje umah, larang anak itu dan ini
11. Angkat baju di jemuran, sambil2 tu fikir nak buat aper untuk minum petang
12. Prepare hi tea, sambil menantikan suami pulang
13. Sambut suami dengan senyuman yg paling manis, angkat beg, simpan kasut suami, pastu siap tanya lagi, nak minum aper, plak tu dihidangkan terus ke suami
14. Prepare makan malam, sambil2 suruh suami tgk kan anak2
15. Kemas meja makan, sambil suruh anak2 blaja, plak tu tanya suami kalo nak minum lagi
16. Lipat baju and gosok baju bg suami yg suka request last minute(selalunya aktiviti sebelum masuk tido )

- END-

Agak2 boleh tak suami buat sebagaimana yg tertulis di atas ? Aci gapo (bahasa kelate) tak sampai 12 perkara di atas, suami dah give up, tak pun skip certain keje ( suke menangguhkan keje )

Tapi, ader suami (sebilangannya ) yg masih kurang memahami peranan surirumah ni. Ader jugak yg memperlekehkan surirumah ni. Antaranya :

1. "Keje saya lagi teruk dari awak, setakat keje macam awak ni, senang je bg saya "
ayat2 yg suami selalu gune

2. Enggan memberi pertolongan, "sorry yer.. tu keje awak.. bukan keje saya"

3.
Komplen ape yg isteri buat (kalo komplen membina tak perlah jugak )dahla suara tu bole tahan gak lasernya


Jadi aku harap suami aku dan suami2 yg lain menghargai pengorbanan dan yg telah kami lakukan.. Aku dan surirumah yg lain sedaya upaya memberikan yg terbaik buat suami dan anak2

p/s: Segala apa yg tertulis di atas adalah berdasarkan pemerhatian aku, sekiranya penulisan aku ni menyentuh hati sesaper jer.. AKU MINTA AMPUNNN







Anak Papa ngan Mama

MyHeritage: Look-alike Meter - Family pedigree - Family history

Monday, September 28, 2009

DBM 647 >>> VIVA d LOCA


(nada budak sekolah ) Ini keter saya.. keter saya kaler hitam.. saya suka keter saya..

Keter ni hubby aku beli untuk aku guna in case ader emergency.. sayang gak dia kat aku.Dia naik motor jer gi keje.. Tapi aku tak der lah amik kesempatan.. kadang2 tu tak kuar langsung.. Jimat minyak...

Reason naper beli viva :
Jimat minyak
time nak beli tu kebetulan ader offer
cute..
keter ni untuk aku laaa

Sunday, September 27, 2009

BISKUT RAYA KEGEMARAN AKU

Biskut Semperit


biskut sarang semut

RAYA KE ????

Hari ni cukup seminggu beraye... cam tu lah, pegi jalan umah sedara mare, umah kawan2, bagi duit raya, dapat duit raya ( anak la yg dapat ), tgk dan makan bermacam jenis biskut.. yg sedihnyer , aku tak dapat nak snap gambar time raye. sibuk pegang anak lah, nak bg duit raya lah, hubby aku plak buat2 tak igt la plak dengan sibuk buka kedai kopi.. naik jeles aku biler aku baca blog2 org lain yg ader gambar raye. Aku try mintak ngan pak sedara hubby aku gambar2 raya (kebetulan dia snap beberapa photo aku ngan bb aku time raya ) tapi dia ngan famili dah terbang ke London, celebrate raye kat sana plak.. Melepas lah lagi.. takperlah nanti satu hari aku akan upload gambar2 raye aku ngan hubby serta si kecik tu

Tuesday, September 15, 2009

"Sian anak Mama "

Hari ni, anak mama kene injection.. ntah aper nama injection tu.. sian anak mama, menangis die.. itu kali pertama dia menangis teresak.. (selama ni, setiap kali inject.. senyap ajer.. kekononnya tak sakit la. tapi hari ni dia tewas gak ) Nenek dia siap pujuk lagi sementara aku pergi untuk dapat kan tarikh janji temu seterusnya.. masih lagi kedengaran suara dia.. Aku pun pujuk dia.. "nanti mama kasi upah yer, sian anak mama ni ", gitu lah ayat2 pujuk aku.. Aku suruh mak aku drive keter sementara aku memberinya 'upah' sampai tertido die.. Tapi..jeng..jeng,.. sampai jer kat umah terus terbuka matanya, "wah, anak mama tipu yer", siap tergelak2 lagi.. amboi, dah tak sakit dah ke ? Ish..ish.. siap melompat2 lagi.. adoi.. tak makan saman punyer budak.. Takper nanti umur setahun, si kecik kene cucuk lagi.. bersedia lah !!!

Monday, September 14, 2009

"Biler aku tak leh tidooo "

Biler aku tak leh tido,
aku buka laptop and surfing sampai aku naik bosan

Biler aku takleh tido,
aku baca majalah atau buku2 , siap repeat sampai aku hafal certain phase

Biler aku takleh tido,
aku dengar lagu dalam hp aku dan hp laki aku sampai battery habis..

Biler aku takleh tido,
aku khatam semua cd movie.. siap aku forward bg cepat habis (kes citer ulang tayang la ni )

Biler aku takleh tido,
aku sms semua no dalam hp aku.. wish good nite kekononya..

Biler aku takleh tido,
aku picit jerawat laki aku... takper dia suke ( jgn fikir bukan2 yer )

"baby dan laptop "



"Sorry..sibuk ni.."

Ni lah akibatnya, kalo mama dia asyik ngan laptop. Sampai anak pun turut sekali. Tapi ok ape.. kecik2 lagi dah di dedahkan dengan gadjet2 ni kan.. mana tau kot2 umur 4 tahun dah ader blog sendiri.. huhuhu.. siap ader member dalam facebook lg.. kalah mama die.

Tuesday, September 8, 2009

"Bapa borek Anak Rintik "


Shhhh... Jangan diganggu.. mereka sedang tido... gambar ni disnap time aku dah bgn (kalo tak .saper nak tangkap plak yer.. ?? ) Memang anak bapak... papa die peluk bantal golek dia pun ikut peluk gak.. siap ader gaya lagi.. huhu.. nampak nyer bukan anak mama la ni.. sedey aku.. Comel.. Geram aku..

Saturday, September 5, 2009

"Selepas Berbuka Poser"


Erk,, (nada kenyang yer ...) syukur Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menyempurnakan ibadah puasa aku yg ke 15.. wahhhhh lagi 2 minggu mau raye..heee.. bersandar di kerusi.. sambil2 meneguk air soya.. Hari ni umi masak best.. (apa punye surirumah la aku ni !!! ) ayam bakar madu..yummmmyyy.. ikan cencaru goreng, sup sayur, daging goreng dan my favourite.. puding caremel laa.. aku makan dengan lahap nya.. (perangai surirumah ini tidak patut diikuti ) Berbanding ngan hubby aku,, seems dia penat so makan pun dengan amat perlahan.. tapi bedal 9 gelas air soya.. woooooo.. kenyang ngan air soya.. sah malam ni mula lah "sayang... abg lapa lahh, ader makanan tak "? itulah common phase yg selalu gak aku dengar.. Mau tak mau terpaksa gak aku goreng burger ke.. buat roti ke.. takpun hidang kuih muih ...

Tapi malam ni giliran umah PIL plak.. so dalam seminggu aku akan menetap di sana.. kire bergilir2 lah.. em.. nak wak cam mana.. sebelah sana pun nak main ngan cucu gak.. sebelah sini pun (especially ayah aku ) nak 'gigit' cucu dia jugak.. jadi sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan aku pun decide nak bergilir2 ..seminggu di sini seminggu di sana..(macam 3 Abdul plak ) kebetulan plak, hubby aku cuti nya hari ahad.. so sabtu malam aku akan berpindah randah lah.. Penat ?? dah biasa . umah bukan jauh pun.. 5 min jer..


"PUDING CARAMEL"


Puding caramel memang kesukaan aku..dan laki aku.. umi aku memang otai dalam bab caramel ni.. macam2 jenis caramel aku dah rasa, coklat,jagung, buah-buahan, dan yang ni plak caramel biskut.. nampak tak biskut jacob tu.. huhu memang sodap la..

Aku teringin nak blaja buat caramel ni.. aku tgk senang ajer.. bahan2 kene ader telur , gula, susu sejat tu.. tapi yg selebihnyer aku tara igt la.. semalam aku nak blaja ngan umi aku.. belum sempat nak pecah telur jer.. si kecik tu dah bgn.. adoi.. melayan aku ngan si thieya ni.. sampai siap caramel umi aku buat.. huhu takperlah boleh blaja lain hari...

WELCOME...


Tak tau nak tulis aper.. time cam gini .. ingat tido jerlah.. tapi ku gagahkan mataku ni untuk create blog ni.. tak payah citer panjang2 just nak cakap "SELAMAT BERPOSER DAN SELAMAT HARI RAYA" minta maaf byk2 yer..