Photobucket

SAHABAT

Tuesday, September 29, 2009

Surirumah "Susah dan senang "


Aderla satu hari tu aku dengar rungutan dari seorang hamba Allah, bunyinyer "Awak takperlah, suri rumah, dok umah jer. Saya ni keje kat luar, tension lagi, awak kat rumah boleh relaks". Gitulah bait2 ayat yg aku dengar. . Yang pastinya ayat2 ini kluar dari mulut seorang lelaki yg bergelar suami. Aku terpana seketika, emm senang ke untuk menjadi seorang surirumah ? lebih2 lagi jika mempunyai anak.Banyak perkara yang perlu dibuat dari menjaga suami sehingga ke anak2, yg extra tu biler terpaksa bekerja, so ader dua responsibility, surirumah dan kerjaya. Chups.. aper yg aku cuba fokuskan ialah surirumah sepenuh masa ( macam aku daaa ) . Jikalau kiter sedar, surirumah ni takder task spesification maknanya semua keje dia kene buat ( membasuh, memasak, jaga anak, jaga suami,dan lain2 yg boleh diconsiderkan sebagai surimah ) takder recruitment ( memang tanggungjawab isteri), takder promotion ( aku tak dengar lagi, surirumah boleh jadi ketua surirumah ) takder reward (kecuali hadiah hari jadi ngan ulang tahun ) dan yg paling best di dengar oleh papa2 di luar sana, TAK PERLU DIBAYAR GAJI, BONUS DAN ELAUN... jadi mereka menganggap surirumah adalah keje yg paling mudah di dunia (Yeker ??) TIDAK !!!! kalo papa2 dan hubby diluar sana tak caya cuba tanya isteri2 anda, bilerkah masa cuti diorang, adertak diorang rehat tanpa gangguan?? Sebilangannya akan menjawab TIDAK dan bg yg dah OTAI... "ala,makcik dah biasa, kalo rehat rase lenguh jer bdn, tak buat keje"

Berikut adalah kebiasaan yg surirumah selalu buat :

1. Bangun seawal yg boleh, kejut suami dan anak2 untuk pi keje and sekolah.
2. Prepare sarapan, sambil2 masuk bilik tgk suami atau anak2 dah bgn ke tidak
3. Serve sarapan, sambil2 tu tlg suami ikat necktie ke, cari kasut ke, pilih baju ke etc tu tak termasuk yg anak2 plak
4. Hantar anak2 ke sekolah ( kalo dipertanggungjawabkan) alasan, traffic jam, sekolah jauh dari tempat keje suami.
5. Kutip baju kotor, basuh (memangla pakai washing machine, sumbat jer ) kalo dapat suami yg cerewet, baju2 kaler putih, branded ke, yg sayang ke harus dibasuh dengan tangan..fuhh
6. Kemas barang2 yg disepahkan oleh suami ngan anak2 ketika kelam kabut nak kuar pi keje ngan pi sekolah
7. kemas umah (sapu, vacum ke and mop ) sambil2 tu fikir nak masak aper tgh hari tu
8.Prepare masak..sambil 2 tu kene alert nak amik anak sekolah lg
9. Anak balik dari sekolah, campak jer beg sekolah tu, tanggal pakaian sekolah campak kat atas katil, geleng kepala si mama tapi tangan cepat jer ngemas (kalo mak aku harus membebel dulu)
10. Kemas dapur ngan meja makan ( anak makan tgh hari ) sambil2 tu mulut tak berhenti2 suruh anak buat keje umah, larang anak itu dan ini
11. Angkat baju di jemuran, sambil2 tu fikir nak buat aper untuk minum petang
12. Prepare hi tea, sambil menantikan suami pulang
13. Sambut suami dengan senyuman yg paling manis, angkat beg, simpan kasut suami, pastu siap tanya lagi, nak minum aper, plak tu dihidangkan terus ke suami
14. Prepare makan malam, sambil2 suruh suami tgk kan anak2
15. Kemas meja makan, sambil suruh anak2 blaja, plak tu tanya suami kalo nak minum lagi
16. Lipat baju and gosok baju bg suami yg suka request last minute(selalunya aktiviti sebelum masuk tido )

- END-

Agak2 boleh tak suami buat sebagaimana yg tertulis di atas ? Aci gapo (bahasa kelate) tak sampai 12 perkara di atas, suami dah give up, tak pun skip certain keje ( suke menangguhkan keje )

Tapi, ader suami (sebilangannya ) yg masih kurang memahami peranan surirumah ni. Ader jugak yg memperlekehkan surirumah ni. Antaranya :

1. "Keje saya lagi teruk dari awak, setakat keje macam awak ni, senang je bg saya "
ayat2 yg suami selalu gune

2. Enggan memberi pertolongan, "sorry yer.. tu keje awak.. bukan keje saya"

3.
Komplen ape yg isteri buat (kalo komplen membina tak perlah jugak )dahla suara tu bole tahan gak lasernya


Jadi aku harap suami aku dan suami2 yg lain menghargai pengorbanan dan yg telah kami lakukan.. Aku dan surirumah yg lain sedaya upaya memberikan yg terbaik buat suami dan anak2

p/s: Segala apa yg tertulis di atas adalah berdasarkan pemerhatian aku, sekiranya penulisan aku ni menyentuh hati sesaper jer.. AKU MINTA AMPUNNN







4 comments:

  1. Setuju dengan mama thieya sebenarnya saya respek pada mereka yang menjadi surirumah sepenoh masa sebab lagi penat tiada istilah REHAT kecuali tidor. Sedangkan saya cuti bersalin 2 bulan pon dah cam meroyan nak naik kerja sebab tak sanggup duk rumah hahahaha. Kebanyakan mama-mama sekarang yang punya pendidikan tinggi jadi surirumah dan rasanya anak-anak sangat beruntung sbb dipantau sepenoh masa oleh kita sebagai IBU.

    ReplyDelete
  2. lebih teruk g..bila kaum isteri nie bekerja bantu suami..p hal2 uma suami tak mahu tolong plak..mmg panas je hati..balik keje penat nk kena urus hal2 uma lg..AYARK!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Perkenalan.
    Zaman sekarang ni kebanyakkan isteri bekerja. Lepas tu nak uruskan rumah pulak. Kalau suami taknak tolong mmg tak berhati perut langsung lah tu.

    ReplyDelete
  4. nak wak cama mana ..ego suami ni tinggi sgt.. hope ader papa2 di luar sana yg ader sikap tolak ansur.. best ooo

    ReplyDelete