Photobucket

SAHABAT

Friday, September 3, 2010

Colek oo Colek

Colek orang panggil kat kelantan..kalau di luar dipanggil rojak. Istimewanya colek di Kelantan ni ialah ,ianya begitu popular pada bulan ramadhan... selalunya dimakan selepas sembahyang terawih. Jadi kebanyakkan kedai2 akan menyediakan hidangan ini. 'Colek' yang disediakan ialah seperti colek keropok, buah, paru2, limpa, ayam, udang, ikan celup tepung, cucur bawang, popia...

Gambar kat atas ni ialah satu hidangan colek campuran. Aku sempat snap satu pic sebab thieyaa toyiee sibuk gak nak amik gambar. Aku , incik hubby, thieya toyiee dan member incik hubby menjamu selera di salah sebuah kedai yang agak popular dengan colek nya. Jadi untuk mengesahkan sama ada sedap atau tidak, kiterorang pun pegilah di sana. Mula2 sampai tu.. keadaan restoren tu memang agak sesak.. ramai giler orang.. nasib baik ada satu meja yg baru jer kosong.. apalagi..kiterorang terus rembat jer.

Mula-mula tu memang hangin jugak sebab takder saper nak amik order tapi hangin kiterorg mula reda bila pelayan dtg nak amik order ( sempat pelayan tu minta maaf..sebab tak cukup tangan nak layan semua.. baik pelayan tu ) Untuk mengelakkan pembaziran, kiterorang order colek campuran untuk 4 org makan. lebih kurang 5 min, colek campuran kami pun sampai.. Sekali aku tengok macam nasi goreng..yerlah.. keropok dihancur , dipatah kecik-kecik, ayam plak dipotong beberapa kerat, udang lg, timun dikerat halus, pendek kata, kalo nak makan tak payah nak kerat,.. terus jer masuk mulut.. Rasanya.. umphh memang sedap .. sebab dicampur digaul sebati so boleh rasa dia agak best berbanding dengan colek2 di kedai lain. Tak heran lah restoren ni popular.. memang colek diorang sedap.. Aku teringin nak nak tambah lg, tapi memandangkan yg lain2 dah buat muka kenyang.. takkan aku sorang nak bedal.. so aku pun buat2 kenyang ler. Dalam keter.. aku pun bgtau yg aku teringin nak tambah lagi.. incik hubby aku ketawa sambil berkata " Naper awak tak cakap ... malulah tu ".. Tau takper.. Harga pun kira agak murahlah rm 21.00 tapi berbaloi lah sebab byk sangat lauk2 yg dia letak..


P/s: Malam raya hajatnya nak pi lagi laa

4 comments:

  1. ala dekat cherang.. nasi ulam.. ado satu lg baru tera semalam.. pokok cherry .. moh la reramai... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete