Photobucket

SAHABAT

Saturday, May 22, 2010

Cerita di Klinik..

Patutnya cerita ni aku dah tulis lama dulu tapi sebab internet problem, so aku terpaksa peramkan citer ini dalam otak aku ni... Ceritanya berlaku dalam bulan lepas.. time tu aku bawa anak aku untuk diberi ubat cacing, As usual kene ader sesi timbang, so setelah ditimbang, Alhamdulillah berat Thieya dah naik dari 7kg ke 8 kg.

Selepas sesi timbang menimbang, ada 2 orang nurse datang untuk menyoal balas, sorang nampak tua sikit yang sorang tu agak muda lah, yang tua tu banyak bersoal tentang pemakanan thieya, apa yang aku beri makan, timing makan.. aku pun explain lah lebih kurang .. cuma aku cakap yang thieya still kuat menyusu walaupun dia dah lalu makan. So nurse yang tua ni tanya lah aku pulak susu cap apa yang aku pakai, aku pun kater lah susu cap gantung dalam nada gurau2 gitu. Nurse tua tu tanya balik kenapa aku tak bagi susu tepung. Aku pun kata lah, susu saya mencukupi , kalo tak bagi sehari memang bengkak lah. Pastu tetiba nurse tu membebel, antaranya dia mengatakan aku ni obses pada susu ibu, sampai tak nak campur susu, itu sebab anak nampak kecik jer. Aku pun terkedu kejup, "Biar betul, nurse ni ?" Takkan anti susu ibu plak. Aku tanya dia , kenapa tak suka ibu bagi susu ibu. Dia kata, dia bukan tak suka ibu bagi susu ibu, tapi takkan sampai setahun, apa dah takder susu lain ke nak bagi. Lagi kata dia, susu ibu hanya sampai 6 bulan, jadi kenapa perlu bersusah payah. Aku pun kata lah, tak salah kalo menyusu sampai setahun, sedangkan dalam Al-quran pun cakap kene menyusu anak sampai 2 tahun. Nurse tua tu senyap kejup, tengok aku atas bawah, yerlah aku pakai kemeja ngan seluar tiga suku, rambut siap highlight lagi, maybe dia igt aku ni jahil kot.

Tiba-tiba dia tanya aku, ada ke 'literature review' yang mention susu tepung ni tak elok, tak berkhasiat. Aku pun kater lah, bukan nya tak elok, tapi kita dah ada yang terbaik kenapa perlu ada pilihan kedua, lagipun ader ke 'literature review 'yang kata susu ibu tak elok untuk baby lebih atau pada usia 6 bulan. Nurse yang muda tu senyap jer tgk aku ngan nurse yang tua ala2 berdebat. Perangai aku lah, selagi org tak mengapikan aku, selagi tu aku tak sembur, tapi kes nurse tua ni memang sedikit meng'hot'kan aku lah. Nasib baik, tak jadi 'balah' besar, kalo tak mau aku direject dr klinik tu.


1 comment:

  1. salam perkenalan mamalieyda
    saya mama_melur di SI
    tahniah sis.inilah antara dugaan yg perlu dihadapi bila kita nak BF baby fulltime.pelik pula saya,ada misi gini.selalunya misi yg saya jumpa sangat bangga bila tahu ibu2 ni BF sendiri baby.
    "sedangkan dalam Al-quran pun cakap kene menyusu anak sampai 2 tahun."
    betul tu kata-kata sis.

    ReplyDelete