Photobucket

SAHABAT

Wednesday, May 26, 2010

Untitled

Tetiba aku jadi teringat zaman waktu mula-mula kenal dengan hubby aku. Macam dalam lagu Juliana Banos 'Cinta Gila' aku dan dia memang totally different, dia seorang yang meminati sukan berkuda aktif dalam dikir barat. Aku plak, seorang yg suka mengadap komputer, surfing, dengar radio, baca buku. Tapi disebabkan sayang 'giler' dekat dia, aku pun try-try untuk berjinak2 dengan sukan berkuda. Nasib baik hubby aku ni begitu understanding, dia tidak pernah paksa aku untuk follow hobby dia. Cuma setiap kali kami ber'dating' port yang dia akan bawa ialah tempat lumba kuda (sekiranya ada lumba kuda ) selalunya pada hari Jumaat petang bersama famili dia. Dan setiap malam Isnin dan Rabu, dia akan membawa aku pergi berlatih dikir bersama -sama kumpulan nya.

Pada mulanya aku rasa macam berada dalam dunia lain plak, bingung pun ada, yerlah biler kita buat sesuatu yang tak pernah kita buat. Tapi hubby aku ni tak biar aku terkontang kanting cam tu, sekiranya di tempat kuda, dia akan bg penerangan pasal kuda, tak kira lah apa pun asal kan berkaitan dengan kuda. Sama jugak di tempat latihan berdikir, dia pada ketika itu sebagai 'Jogho' (Juara ) akan mendendangkan beberapa buah lagu, selepas itu dia akan menerangkan apa maksud lagu tu ( aku ni nama jer anak kelate , tapi byk loghat aku tak faham, kene plak lagu dikir barat, memang pening lah ) Lama-kelamaan aku mulai suka pada sukan berkuda dan dikir barat.

Sehingga ke hari ini , aku masih lagi menjadi peneman setia sekiranya diajak ke tempat perlumbaan kuda, dan aku mulai minat terhadap lagu dikir barat yang dulu satu ketika aku 'kureng' untuk mendengarnya, walaupun hubby aku tidak lagi berlatih dikir, sekali sekala kami akan pergi melihat kumpulannya berlatih. Dan yang paling aku tak sangka ialah BB Thieya turut mengikut jejak langkah papanya. Macam kater mat saleh "Like father Like Son". Tak takut untuk pegang kuda, dan minat lagu 'aye seramo' serta 'kelate kito'.

Gitulah kisah aku dan laki aku serba sedikit. Bak kater org kalo dah sayang 'giler' ni, kita sanggup buat apa sahaja ..chuppp bende-bende yang elok lah.. cam aku ni ha... Thanks Mucuk for being my hubby and my friend. You are the best and still be the best. Luv You..

No comments:

Post a Comment