Photobucket

SAHABAT

Saturday, March 27, 2010

JoM HeBoh di Kelate

Hari ni 26 March 2010, in history, kelantan menganjurkan 'JOM HEBOH' buat julung2 kalinya, Selama ni ore-ore kelate hanya mampu tengok JOM HEBOH di tv jer.. But now its happen at KOTA BHARU. Aku , si kecik thieya , engoh (adik ipa aku,fara) serta 2 org sepupu turut 'menghadirkan' diri ke karnival tersebut.

Setelah terperuk dalam kereta akibat 'jem' serta byk jejalan yg tutup, akhirnya sampai gak kami kat venue tu (Stadium Sultan Muhammad 4) , Hanya dengan satu perkataan 'GILOW"! cukup aku boleh katakan org terlalu ramai.. sampaikan takder ruang untuk aku buka stroller nak letak si kecik thieya, mau tak mau aku terpaksa bergilir2 ngan engoh mendukung si thieya. Thieya ? suka lah..boleh dgr lagu siap berjoget lagi.. adeii.. sampai naik kebas tgn aku mendukung si kecik tu.. Kami pegi ke beberapa booth terutamanya bahagian makanan.. Aku ?? Hanya beli susu dutchlady 11 kotak RM 10 ringgit.. Engoh - ntah borong aper ntah aku pun tak perasan

Kami melewati sebuah gerai jualan (aku pun lupa nama ape) ada sessi bertemu artis, ada pelakon yg boleh dikatakan terkenal gak lah, ikram dinzy ngan fauziah gaos (betul ke tak ejaan aku ni ) so engoh ngan 2 org sepupu ni tak lepas peluang bergambar dan berjabat salam. Cuma aku yang tak join, bukan apa, aku memang tak berapa suka dengan bende2 gini..hikk..hikk.. Ntah di mana silap nya, masa bergambar bersama ikram dipendekkan sebab ikram tak berapa sihat, Mungkin terkejut sebab ramai sgt peminat nak berjumpa. Ada sedikit kekecewaan di wajah peminat-peminat (agaknya) dan ada juga suara sumbang2 yang ntah dari mana mengutuk pelakon tu. Nak buat cam mana, ore kelate ni terlalu excited do'oh dapat jumpa ngan artis.. jadi biler pelakon tu buat cam tu, sure diorang frust habis.. yerlah bila plak ader peluang cam ni yerkk..

Jom Heboh Kelate akan berakhir pada esok hari 27 Mac 2010.. maybe esok aku pi plak ngan hubby aku.. baru best nak borong..

KELAINAN JOM HEBOH KELATE

1. Semua yg terlibat dalam karnival ni, tak kira lah krew ke, artis ke, sukarelawan ker mesti menutup aurat. So sepanjang karnival tu ada yg menutup aurat .. tutup aurat ker kalo pakai tudung ala2 siti nurhaliza,baju ketat ngan seluar sendat .. Baik tak payah pakai tudung

2. Dikhabarkan hanya artis lelaki yang membuat persembahan, kalo artis perempuan ,kene bertudung yerr..

3. Laluan ke konsert jom Heboh pada malam esok di bahagikan kepada 3 section - WANITA SAHAJA, LELAKI SAHAJA dan KELUARGA SAHAJA di pintu masuk stadium..

No comments:

Post a Comment