Photobucket

SAHABAT

Tuesday, July 13, 2010

Mama yang desperate...........

Chups.. jangan fikir bukan-bukan yerk.. (ntah2 aku sorang jer kot yang fikir camtu )sebenarnya mama sorang ni desperate nak keje. Thieya pun dah 15 bulan , jadi aku rasa aku patut keluar dari kepompong kehidupan seorang surirumah sepenuh masa kepada seorang ibu yang bekerjaya


Sebenarnya,niat aku yang suci murni ni dah lama terbantut dek kerana pelbagai faktor.. yang paling aku khuatirkan.. thieya.. mula2 target keje biler thieya cukup setahun tapi rasa cam tak boleh lagi lak plak.. so aku meng'extend'kan niat aku dan sekarang aku rasa tak boleh dah nak tangguh2..

Aku sekarang dalam proses survey mencari keje, berdasarkam syarat2 yang incik hubby bagi, aku boleh keje tapi jgn sampai malam. sebab malam tu jerlah yang dia ada untuk bersama dengan keluarga, dan yang paling penting ialah 'THIEYA'.. keje ..keje jugak jgn sampai thieya terabai.. tu dia.. syarat2 incik hubby bagi kat aku. So aku kene berhati2 dalam memilih keje ni. Em.. buat permulaan aku byk survey dalam internet... aku bukak mudah.com, jobmalaysia,jobseeker, dan sebelum ni aku dah register ngan spa dan spp. So far.. aku baru sajer selesai interview SPP (suruhanjaya perkhidmatan pendidikan ) untuk jawatan pembantu pengurusan murid, hopefully dapat.

Dalam bab2 nak cari keje ni jugak, selain dari syarat2 yang incik hubby bg, aku kene consider beberapa perkara, gaji , jarak tempat keje, task aku,masa keje. Aku bukan cerewet memilih keje tapi biar berbaloi. Kalo gaji seciput, tempat keje jauh, task entah aper2, tak ke naya tu. Aku keje ni pun sebab nak ringankan beban incik hubby aku, yerlah dia sumer kene tanggung. Dari ansuran keter, insuran lagi, ansuran moto lagi, bil telefon lagi.. dan yang seangkatan dengannya. Kadang2 kesian gak aku nengok dia. Aku rasa cam aku ni useless pun ada, selfish pun ada gak. Rasa macam org sekeliling tengah kata kat aku "TAK KESIAN KE KAT LAKI TU.. ANAK DAH BESAR.. KEJELAH.." sekurang2nya aku boleh bayar kereta ke bil telefon ke kan.. ( baik jugak aku ni ) Nasib baik thieya ni nyusu badan, kalo bagi formula milk, aku rasa bankrup dah incik hubby aku ni..

Aku harap sgt, moga2 dapat jugak aku bekerja...

No comments:

Post a Comment