Photobucket

SAHABAT

Tuesday, January 26, 2010

Consultant - RM 15

Semalam aku bawa bb thieya pergi ke klinik. Since aku tgk selsema dia still ada walau sikit dan aderlah sedikit batuk. Klinik ni memang ada pakar kanak-kanak and semua staff kat situ friendly, tu sebab aku rasa selesa dgn klinik tu.. Sesampai jer aku kat klinik, aku tengok ramai sangat bayi seusia bb thieya tgh menunggu untuk menerima rawatan. Umi aku yang kebetulan menemani aku terkejut sambil berkata "musim budak demam kot", sambil tersenyum.

Agak lama jugak menunggu, maklumlah dah lambat sampai kene plak byk patient. Kesian kat doctor tu. Setelah 45 minit akhirnya nama bb thieya dipanggil. Aku dan umi aku masuk ke dalam. Memang terpancar wajah keletihan di muka doctor tu. Walau apa pun dia masih lagu mengukir senyuman. Aku menceritakan masalah bb thieya kepadanya. Doc tu memeriksa bb Thieya, bb Thieya ada sedikit memberontak tapi tidak lah sampai menangis. Setelah diperiksa, doc tu menyatakan yg bb Thieya sihat , tidak ada infection dalam lung , telinga atau tekak. Dia hanya selsema biasa dan akan pulih dengan sendiri, cuma dia menasihatkan aku agar aku terus memberi susu ibu. Doc tidak memberi sebarang ubat memandangkan condition bb Thieya tidak teruk. Selepas itu kami pun terus keluar dari bilik doc. Umi aku bertanya lagi "kalo dah tak kene ubat berapa plak bayaran ek ". . Betul jugak.. takkan nak blah macam tu, so aku tanya kerani di depan kaunter, setelah mendapat laporan, aku hanya perlu membayar RM 15 sebagai bayaran consultant.. Takperlah, janji aku puas ati sebab anak aku takder apa2 setakat RM 15 dibandingkan dengan kesihatan anak aku, memang tidak ternilai..

1 comment:

  1. klinik mne ea.. mcm best je.... nk g check bb sye jugak lah..

    ReplyDelete