Photobucket

SAHABAT

Tuesday, January 12, 2010

Di Klinik Wakaf Che Yeh

Hari ni buat BB Thieya ader pemeriksaan rutin di klinik kerajaan Wakaf Che Yeh.. Just timbang berat badan dia dan check kesihatan dia. Aku pergi sana dalam kul 11.30 pagi.. lewat sangat sebab si kecik bangun lewat. Nasib baik tak ramai orang, kurang dari 5 minit, nama BB Thieya dipanggil. As usual, aku kene buka baju and dypers dia. Ada sedikit memberontak dari bb thieya, maklumlah dia dah besar ..mula lah nak menjerit2 nangis nya dak. Sekejap jer ditimbang.. Tak naik pun 7.2 kg .. Nurse tu tgk aku.. aku senyum jer ..

Nurse : bb dah boleh merangkak ke ?
Aku : Siap berdiri nak berjalan (sambil tersenyum-senyum)
Nurse : Dia makan tak ?
Aku : Yup..semua bende dia makan..
Nurse : Bagi makan apa ?
Aku : Nasi, ayam goreng atau bakar, kentang, sedikit ikan ngan buah-buahan.. naper nurse, berat anak saya kurang ideal ke ?
Nurse : Takderlah.. dia ok.. biasalah bb dalam around 7 bulan dan ke atas memang badan dia lambat naik atau tak naik langsung.. sebab time ni dia nak belajar macam2.. jangan risau selagi dia sihat..cuma lebihkan makanan ..
Awak bagi susu badan lagi ke ?
Aku: Yup fully breastfeeding
Nurse : Awak campur ngan susu formula la untuk dia berisi sikit..
Aku : Saya tak berniat nak campur susu.. susu saya cukup untuk dia (nada sahaja)
Nurse : Baguslah camtu (muka nampak kelat sikit )
Lepas tu aku pun keluar dari bilik.. dalam hati aku mengomel sendirian "Apa punya misi la.. patutnya kene support lah breastfeeding ni siap suruh tambah susu formula plak.. " Tapi aku bangga sebab ader sebilangan misi yang veteren2 sikit puji aku sebab aku still menyusu badan. "Payoh lo ni nok jupo ore muda hok nyusu anok", (Susah sekarang nak jumpa orang muda yang menyusu badan ) gitulah ayat2 misi veteran tu.. Lega lah sikit hati aku biler ader yg support breast feeding ni.
Balik umah..aku ceritakan hal itu pada umi aku. Umi aku menyokong agar aku terus memberi susu badan pada bb Thieya.. untung lagi sebab umi sendiri support...hehehe
p/s : Aku bukan anti susu-formula.. cuma belum masanya untuk aku melepaskan tanggungjawab aku untuk menyusukan dia. Aku menghargai anugerah yang diberikan olehNya.. Semoga, anugerah ini akan terus ada untuk kelahiran akan datang..

3 comments:

  1. hey there, i was searching around for blogging mummies who just gave birth or are pregnant and i stumbled on to your blog. was wondering how old is your child and whether u would be interested to get sponsored by Johnson and Johnson?

    do mail me at doinkyjac@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah mama thieya....kita kena bangga dgn susu kita sndiri...sekurang-kurang nya nurse tu akan ada kesedaran yg 'berat bdn tak naik bukan sbb susu bdn'...
    Ci pun pelik dgn tanggapan mcm tu...
    Apa-apa pun, semoga genap menyusu smpai 2thn ye....Amin....

    ReplyDelete
  3. Yup.. cik cici.. betul tu.. mula2 cam stress giler tapi biler tgk bb thieya aktif.. macam bersyukur sgt sebab tuhan bg anugerah susu bdn ni.. moga sampai PHD of Breastfeeding..aminnn

    ReplyDelete