Photobucket

SAHABAT

Tuesday, January 26, 2010

Masuk tido awal ...

Heluzzz.... macam tak caya aku boleh buat 2 entry dalam satu hari..betul ke.. betul ke ??? Selalunya nak buat satu entry pun payah, nak buat cam mana, nak kene melayan si kecik yang tak boleh duduk diam ni, tak padan dengan kecik, buas semacam.. kalo dibiarkan, adei..macam2 hal jadi.. tak boleh lupa satu incident dimana wayar batery laptop terlilit kat leher.. time tu aku kat sebelah tgh syok layan FB (aper punya mama ) aku dgr dia menjerit, bila aku tgk, dia berusaha nak tarik tali tu, fuhhh aku pun terus amik tali tu langsung aku letak kat dalam laci.. si kecik tu plak bukan nak reti serik, dia menjerit sampai satu rumah dengar sebab nak kan tali tu..

Now, si kecik tu dah tido, surprised jugak sebab si kecik ni tido awal..dah 3 hari dia tido awal, around kul 10.00 mlm dia dah start meragam nak tido. Mula-mula aku igt dia akan bgn plak sejam lepastu, macam biasa dia buat sebelum ni, tapi sampai esok dalam pukul 9.00 pagi baru dia terjaga (aku tak bgn lagi time tu.. heheh lagi lah pemalas ) Satu perkembangan yang baik sebab bila dia tido awal aku boleh buat aktiviti aku untuk sejam dua sebelum masuk beradu.. Mungkin sebab peralihan bulan atau sebab papanya takder cos 'duty' . aper-aperhal pun aku harap perkembangan ini berterusan..


P/S: Cerita mengenai pengalaman bersalin aku keluar dalam majalah PA&MA keluaran Februari dengan title 'Paling Cepat Bersalin'. Bangga la jugak..

No comments:

Post a Comment